"Tukanglawan" mahu anda baca artikel dibawah yang diambil daripada sebuah blog yang menggunakan nama pena pemudatua.blogspot., luangkanlah sedikit masa untuk membaca memikirkan dan membuat keputusan dan pendirian anda.
Janganlah terlalu angkuh sehingga menganggap isu Lynas ini adalah isu remeh temeh. isu yang tak ada kene mengena dengan anda. ini isu yang melibatkan keselamatan negara, masa depan generasi akan datang.
Untuk mengulas panjang isu ini, "tukanglawan" bukanlah orang yang sesuai, lebih baik ia disampaikan oleh orang yang benar-benar fahamtentang isu ini.
Sekali lagi "tukanglawan" minta sedikit masa dari anda untuk dengar suara hati dan penjelasan dari seorang ayah yang mahu bela masa depan anak dan generasi akan datang,
Sila baca dibawah.
Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.
Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China.
Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.
Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.
Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta iniLYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui
1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.2. 100% milik Lynas Australia.3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.6. 2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.7. Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.8. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.9. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.10. Bebas Cukai selama 12 tahun.11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.12. Harga satu tan pada RM364, 800.13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:a. ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.b. Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.c. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.d. ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.e. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik. Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2 reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.24. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia. Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar 68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’ Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah.26. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:a. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.b. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.c. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.d. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.e. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.f. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.g. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.27. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel barrels’ sisa radioaktif di sana. Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan gypsum.28. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.30. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.31. Kes 5: Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley California Amerika Syarikat.32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:a. Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).b. Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.c. Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).d. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.e. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.f. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:a. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.b. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.c. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.d. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.e. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.f. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount Weld dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000 oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar 61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.g. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.h. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.i. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).j. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).k. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa. Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld Australia. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan sisa buangan cecair di Mount Weld Australia menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada. Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah tanah atau ‘groundwater’.l. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.m. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.n. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.o. Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu, normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.p. Apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai syarat kelulusan PEIA.q. Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:i. Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;ii. Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;iii. Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;iv. Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).r. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas. Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?s. Proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?t. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia) iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan jelas hanya untuk 350 orang.u. Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);v. Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;w. DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;x. Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;y. Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.z. Lynas berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja. Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga kini secara ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik, bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah. Proses menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’ daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah, sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng Kuantan pula?aa. Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.bb. Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.cc.Thorium yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’ atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama kepada marble dan tile.dd. Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’ hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati. Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi seperti X-Ray. Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi. Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di suku pertama 2011.ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.ff. Lawatan ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil Kerajaan Negeri Pahang tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat diragui.gg. Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?
Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.
Panjang lebar apa yang diterangkan, gunakan akal dan nilai sendiri kenapa begitu ramai yang menentang projek lynas ini, media massa dipergunakan untuk menghalalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang sekadar mahu keuntungan.
Rakyat diyakinkan ini projek yang selamat, dengan berbagai kejadian binaan roboh, contohnya stadium negeri Terengganu, binaan bangunan yang banyak kecacatan, dan binaan-binaan yang tidak masuk akal, apakah jaminan bahasa keselamatan dari segi struktur itu boleh dijamin.
Anda fikirlah sendiri, keputusan ditangan anda. renung anak anda dan tanya diri anda.
Rakyat diyakinkan ini projek yang selamat, dengan berbagai kejadian binaan roboh, contohnya stadium negeri Terengganu, binaan bangunan yang banyak kecacatan, dan binaan-binaan yang tidak masuk akal, apakah jaminan bahasa keselamatan dari segi struktur itu boleh dijamin.
Anda fikirlah sendiri, keputusan ditangan anda. renung anak anda dan tanya diri anda.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.