Kerajaan BN/UMNO Penipu:Kapal Israel singgah, tiada urusan tapi bagaimana pula dengan Lori Israel

| comments

 Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini. Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh. Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung Ashdod Israel, memang ada tetapi hanya singgah sahaja.

Tetapi gambar ini telah menceritakan cerita yang sebenarnya. Mengapa pula wujud lori kontena ZIM di Malaysia ya??adakah lori ZIM juga hanya menyinggah di Malaysia untuk ke Singapore?? Sungguh strategik Malaysia sehinggakan lori ZIM menyinggah di MALAYSIA.


Rakyat hari ini tidak boleh ditipu lagi,Adalah suatu yang mustahil apabila mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan Zim keluar masuk pelabuhan.

Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini.

Menurut Anak bapa permodenan negara,Mukhriz Mahathir mengatakan berdagang dengan Israel tidak menjadi satu kesalahan. Inilah statement cukup menghina umat islam seluruh dunia. Mana dasar kerajaan yang mengatakan anti-israel jika ini berlaku. CUKUP MEMALUKAN!!!!

Khairi Jamaludin mendakwa beberapa syarikat antarabangsa di Malaysia telah mengambil barang dari Israel. Di manakah kerajaan yang menyatakan anti-israel??? ohh lupa..kerajaan menjaga kroni..Saya sangat kecewa kerajaan hanya memandang ringan terhadap isu ini. 

Ini jelas wujud satu hubungan sulit dan bersekongkol dengan Israel. Kita mahu bantahan ini akan mendapat sambutan oleh rakyat sendiri dan membuat bantahan yang lebih besar.Kita hari ini sangat  kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini atau kami yang akan menjatuhkan kerajaan BN/UMNO  di PRU ke 13.


INI HARUS JELAS!!!!


Kolumnis: Mulut Kecoh




Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit