Tergelak "tukanglawan" bila terbaca satu artikel yang cukup hebat pagi ini.artikel itu pun menunjukkan PERKASA ini memang ketinggalan zaman, malah tak kurang juga kita boleh saja katakan PERKASA cuba selamatkan batang tengkuk Najib, semua gara-gara najib sangat takut apabila diajak berdebat oleh Anwar.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali kata, Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnya berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali.
Kah..kah..kah.. ni yang best kalau nak gelakkan nei, siapa Ibrahim Ali?, bukan nak cakap tinggi la, tapi bukan taraf Anwar nak berdebat dengan Ibrahim Ali, berapa ramai penyokong Ibrahim Ali?, berapa ramai pula menyokong Anwar? berapa ramai penyokong PERKASA, berapa ramai pendokong Pakatan? tak payah la PERKASA perasan Ibrahim Ali tu hebat, PRU13 pun belum tentu boleh menang.
Lagi kata Setiausaha Agung Perkasa tu,
“Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar."
Ni memang bangang punya statment nei, yang dok hentam Anwar siang malam pagi petang tu kenapa, guna segala TV3 suku, Utusan fasik dan semua yang boleh bukan ke usaha Umno raih publisiti murahan? kenapa berita diputar belit? (bukti baca sini) kenapa berita berat sebelah?.. boleh jawab?
Tapi bila ajak berdebat, cerita depan-depan biar rakyat tengok tiba-tiba pulak najib demam... siapa yang main politik murahan, kalau bukan puak pelampau umno, ini bukan soal nak publisiti, orang bodoh je tak kenal Anwar Ibrahim, Najib tibax2 pulak disuruh tak melayan debat, karut atau sudah pasti najib akan tercirit?.. memang sah najib akan kalah, sebab itu takut sangat sampai demam-demam. (bukti baca sini) dan (dan sini)
Dan lagi, dah banyak kajian dibuat, rakyat mahukan Debat antara najib dan Anwar kerana rakyat mahu menilai sendiri, (bukti baca sini) mahu kedua-dua mereka ini bawa isu kepentingan masyarakat, bukan macam umno siang malam pagi petang jaja cerita bohong dan fitnah.
“Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan.
Siapa Presiden perkasa tu, hebat sangat kah dia?, dan lagi jangan la bodoh sangat sampai tak nampak siapa yang berdagang dengan Israel, (bukti baca sini) siapa yang bekal peluru pada Israel untuk bunuh orang palestin ("setiap urusniaga ialah wang, dan setiap wang untuk Israel sama seperti beri peluru pada mereka")? hah, sekali lagi Najib dicabar debat oleh Anwar isu israel, biar terbukti siapa penyokong israel (bukti baca sini). yang sibuk cakap Anwar sokong yahudi kenapa?,(bukti baca sini) kerana media umno kelirukan orang kampung dengan ambik petikan ayat yang tak lengkap?
Nak cerita pula tentang perjuangan bela masyarakat Palestin, kenapa pemimpin Hamas berjumpa dengan Anwar, takde pulak jumpa Najib tu atau tak teringin pulak diorang jumpa Ibrahim Katak (bukti baca sini). kerana Anwar didunia luar lebih dipercayai, jadi sudah tentu layak Anwar cabar Najib debat.. Ibrahim Ali, orang di Pakistan kenal ke dia, cuba tanya makcik di kampung kenal ke Ibrahim Ali?, jadi layak ke Ibrahim Ali nak debat dengan Anwar?
Nak cerita pula tentang perjuangan bela masyarakat Palestin, kenapa pemimpin Hamas berjumpa dengan Anwar, takde pulak jumpa Najib tu atau tak teringin pulak diorang jumpa Ibrahim Katak (bukti baca sini). kerana Anwar didunia luar lebih dipercayai, jadi sudah tentu layak Anwar cabar Najib debat.. Ibrahim Ali, orang di Pakistan kenal ke dia, cuba tanya makcik di kampung kenal ke Ibrahim Ali?, jadi layak ke Ibrahim Ali nak debat dengan Anwar?
Dan siapa Setiausaha Agung perkasa nei, apasal la ayat-ayat yang diberikan nampak macam bodoh sangat. "tukanglawan" bukan seorang yang pandai berdebat, banyak masa "tukanglawan" lebih suka berdiam dari melayan kata-kata orang umno yang suka merepek tak ada bukti .
Tapi "tukanglawan" terlalu mudah patahkan hujah merapu setiausaha PERKASA tu, kerana apa, kerana ayat-ayat yang keluar dari mulut setiausaha agung perkasa itu ayat yang lemah hujahnya, ayat yang hanya bertujuan selamatkan tengkuk najib dan mahu menjilat punggung Ibrahim Ali.
Tapi "tukanglawan" terlalu mudah patahkan hujah merapu setiausaha PERKASA tu, kerana apa, kerana ayat-ayat yang keluar dari mulut setiausaha agung perkasa itu ayat yang lemah hujahnya, ayat yang hanya bertujuan selamatkan tengkuk najib dan mahu menjilat punggung Ibrahim Ali.
Buang masa melayan puak PERKASA ni, tapi tak layan tak rasa bodoh pulak. tu je la nak kata.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.