• back to top back to top back to top back to top
..................................“Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno" - Sasterawan A. Samad Said .................................."Penderitaan ini terpaksa dilalui demi menegakkan kebenaran dan keadilan, Kami berjuang atas prinsip tersebut dan sanggup membayar harganya dengan penjara” - Datuk Seri Anwar Ibrahim ..................................Anggota polis zionis pernah berkata : "kami tidak takut kpd pasukan tentera arab. Tp kami benar-benar gentar kpd pasukan ALLAHUAKHBAR. kami org yahudi datang dari sluruh pelusuk dunia ke tempat ini (palestin) utk hidup. tetapi, mereka dtg dr seluruh pelusuk dunia ke tanah ini utk mati. bagaimana kami dpt berhadapan dgn org2 seperti mereka? " ..................................Bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno. Ahmad Tajdid, Harakahdaily
Jika anda mempunyai sebarang info, pandangan, artikel untuk dikongsikan e-mailkan kepada tukang lawan di infotukanglawan@gmail.com

Utusan buat hal lagi, kenyataan Presiden Teras diputar belit


Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umnoapco, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan laporan yang ditulis oleh akhbar tersebut sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid iaitu Presiden Teras berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."

Kenyataan Mohd Azmi ini membukti akhbar lidah rasmi umnoapco itu sebenarnya yang mengelirukan rakyat, integriti akhbar itu nampaknya sudah ditahap paling hina, akhbar lidah rasmi umnoapco itu nampaknya akan melakukan apa sahaja untuk pastikan rejim sedia ada terus memerintah.

Kenyataan dibawah "tukanglawan" petik dari apa yang ditulis didalam akbar tersebut
Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, penganjur Bersih sewajarnya menggunakan saluran yang ada dan tidak sewenang-wenangnya membuat demonstrasi sehingga menganggu kehidupan masyarakat seharian.


"Dengan pilihan raya yang semakin dekat, mereka berharap untuk membuat tekanan lagi dan menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi agar tuntutan mereka dilayan.

"Memang semua pihak hendak mendapatkan momentum politik tetapi mereka sepatutnya menggunakan kaedah yang wajar dan bukannya menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada rakyat,"

Menafikan apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut , Mohd Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan  untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," kata Mohd Azmi

"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam  yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya  adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya lagi

Presiden Teras itu juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat  akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Tindakan sebegini menurutnya tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada  rakyat.

"tukanglawan" fikir akhbar "penjilat" itu yang terkeliru, keliru antara etika wartawan atau akur pada arahan pihak atasan, apakah motif utama akhbar tersebut memutar belit kenyataan yang diberikan?,anda semua pasti tahu apa motifnya bukan?.

Begitu murah maruah umnoapco untuk terus berkuasa, media massa diperguna.