Al-Fatihah, "tukanglawan" ada terbaca satu artikel mengenai kejadian terjun bangunan di UPSI, jadi "tukanglawan" mahu kongsikan sebagai renungan bersama. (Artikel di edit sedikit supaya tidak mengaibkan mangsa)
TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berkenaan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
Sekali lagi Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa, dan ucapan takziah "tukanglawan" ucapkan buat keluarga mangsa, kita tidak tahu ape sebab sebenar mangsa terbunuh, oleh itu sepatutnya tidak timbul spekulasi bukan-bukan. jika mangsa mengalami tekanan perasaan sebelum ini... apa sebabnya?, itu juga perlu kita fikirkan,
Disini nampak beberapa kegagalan telah berlaku, jika benar mangsa sedang mengalami tekanan, mana rakan-rakan yang seharusnya membantu, pihak pengurusan juga perlu sering perihatin dengan masalah tekanan pelajar seperti ini.
Kita tidak mahu perkara sama berulang, bagaimana jika ahli keluarga anda sedang belajar dan juga menghadapai tekanan perasaan?.. fikirkan lah.
Disini nampak beberapa kegagalan telah berlaku, jika benar mangsa sedang mengalami tekanan, mana rakan-rakan yang seharusnya membantu, pihak pengurusan juga perlu sering perihatin dengan masalah tekanan pelajar seperti ini.
Kita tidak mahu perkara sama berulang, bagaimana jika ahli keluarga anda sedang belajar dan juga menghadapai tekanan perasaan?.. fikirkan lah.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.