Zahid Takmo Pegi Mahkamah Sebab Zahid Segan Kot

| comments

Zahid hamidi tak mahu pergi mahkamah di Perancis berhubung kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

Kes Kapal selam ini sebenarnya melibatkan wang rakyat yang lebih besar dari NFC, tapi rakyat susah nak faham sebab orang kampung ada yang tak pernah pun tengok kereta kebal, apatah lagi kapal selam, jadi susah mereka nak bayangkan, bila susah nak bayangkan kapal selam tu, susah la faham kes nei.

Camni la, kes ni panas sebenarnya, ia juga dikatakan melinatkan punca kematian model mongol, Al-tantuya sharibu, jadi ade 2 nama telah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes kapal selam ni di mahkamah perancis, iaitu najib dengan zahid hamidi.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Zahid pulak sebab tak mahu diusung ke mahkamah ( mane glamer menteri ke usung ke mahkamah ) mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya zahid.

Kah..kah..kah, lawak betul la, memang la telus sangat sampai enjin jet pun boleh hilang dari hangar, terlalu telus sampai kapal selam tak mampu nak menyelam, ini agenda politik ke?, bila pulak suaram tu parti politik?, atau zahid memang guna alasan  kononnya ada motif politik untuk tutup sesuatu...

kata menteri pertahanan, tapi pegi mahkamah pun tak berani, kalau takut sangat naik mahkamah perancis tu, zahid sebagai menteri pertahanan boleh bawak 4 kereta kebal, 13 jet pejuang dan 50 bala tentera tolong temankan, Oh ya, jangan lupa bawak kapal selam sekali, kah..kah..kah.

Sibuk nak beli kapal selam, padahal land rover askar selalu rosak tengah jalan.

Logik la cikit takkan kes boleh dipadam macam tu saja, kalau tak bersalah, pegi je la. time ni konon baru nak cakap tak mahu membazir duit rakyat. takkan la hakim kat perancis tu bodoh, kalau setuju panggil najib dgn zahid hamidi jadi saksi.. mesti la ade "relevennya" mereka dipanggil.... apa raaaaaaaaaaaaaaa... Kak rosmah lagi berani tau..... kah.. kah.. kah...



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit