Jika sebelum ini "tukanglawan" telah siarkan kisah bagaimana menteri telah berbohong dengan mengatakan tiada sebarang hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan Israel semasa secara menjawab secara bertulis soalan yang ditanyakan kepadanya dalam perlimen tahun lalu. (baca disini)
Hari ini akan "tukanglawan" kongsikan kepada semua satu Dokumen Misteri yang menunjukkan memang ada bukti kukuh negara ini sekian lama berdagang dengan negara Israel.
Perkara ini bukan baru, cuma bagi kita yang tidak dalam sektor perkapalan atau berkaitan, jika tidak didedahkan mungkin selamanya kita tertipu dengan sifat munafik rejim kerajaan Umnoacpo. perkara ini sudah lama bermain di mulut pegawai-pegawai dan kakitangan Kastam Diraja malaysia, ia juga sudah lama diketahui oleh pekerja-pekerja pelabuhan.
Satu dokumen kastam bernombor pendaftaran W20204004087 menafikan jawapan bertulis seorang menteri (baca bahagian 1) yang menyatakan segala perdagangan import dan eksport barangan daripada Israel adalah dilarang. Dokumen kastam tersebut secara jelas menyatakan pengimport yang tertera dalam dokumen tersebut adalah seperti dibawah
Chayon Distributor-Computers Limited, 4, Haomanut Street, 42504, Netanya, Israel
Baiklah, sekarang kita sudah tahu barangan tersebut diimport dari Netanya, Israel oleh Chayon Distributor-Computer Limited., Kemana pula barangan tersebut dihantar?, ianya dihantar ke.
No PT12692, Mukim Ampangan Tuanku Jaafar Industrial Park 71450, Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA.
Atau adakah lagi nama tempat selain dari negara ini menggunakan nama Mukim Ampangan?, atau adakah negeri lain selain dari malaysia ini bernama Negeri Sembilan?, atau mungkin seremban itu di negara itali?.
Lebih hebat dikatakan diatas dokumen tersebut turut mempunyai cop Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia, juga butiran kadar caj berat barangan IATA.
Apakah kadar caj IATA itu?
Apakah kadar caj IATA itu?
Ia adalah satu sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama Negara. IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagang
Apakah ini bukan bukti Malaysia ada urusdagang dengan negara Israel?, Mengapa menteri mahu nafikan? apakah kepentingan atau apakah mereka takut rakyat marah?.
lagi sekali satu pertanyaan, Mengapa menteri itu berbohong.
Jom Baca artikel berkaitan
Bahagian1- Al-kisah Menteri Lulus Dagang dengan Israel I (Menteri tipu dalam parlimen)
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.