Al-Quran merupakan mukjizat terbesar, al-Quran juga ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Al-Quran diturunkan bermula dengan Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas. (sumber)
Namun tahukah anda tentang Al-Quran terbesar didunia?, hari ini mahu "tukanglawan" kongsi dengan anda artikel menarik ini untuk pengetahuan kita bersama.
Sebuah Al-Quran yang dikatakan terbesar didunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul dengan kerjasama Syarikat Reverra Ltd. (Italy)
Penghasilan Al-Quran terbesar ini dikatakan dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi. Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu
Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing.
Menarik bukan, jika menarik mari kita kongsikan artikel ini.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.