Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Umno Takut Keakraban PAS-DAP Rupanya.

| comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.

Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.

"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS. Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.

"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.

"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.

Betul pun, umno sekarang sedang meroyan teruk, sekejap kutuk PAS kemudian kemaruk nak bersama.. selepas itu kutuk DAP dan pujuk balik PAS.. nampak terdesak... sudah la.. bukan tak pernah PAS bergabung dengan umno...

Umno ni jangan bagi kuasa, dia buat negara ni mak bapak dia punya.. 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

UMNO, Pakatan Rakyat,13 Mei dan komunis

| comments

Perut pecah pabila Unit Cawangan Khas PDRM (SB) mengumumkan kepada ruang awam bahawa Pembangkang di Malaysia ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang mengantui juak-juak Melayu UMNO yang totok. Apa yang menjadi persoalan apa tujuan dan asbab Pak Mongolia serta Pemuda julang keris lamb chop membenarkan SB menghebahkan hal ini kepada khayalak umum.

Juak - juak ini juga mendakwa bahawa DAP sudah diresapi agenda komunis dan PAS sudah diresapi dengan gerakan JI. Ada pula beberapa individu berfahaman komunis ini nak bertanding PRU dan mewakili Pakatan Rakyat. Wow!  Rakyat sila lihat program ekonomi Pak Mongolia, banyak juga yang berbaur komunis, kenapa SB tak dedahkan? Ketawa pecah lagi apabila perkara ini boleh dikatakan cerita politik paling lawak sepanjang tahun ini. Mungkin Pak Mongolia ingat ini zaman 70an dahulu politik merupakan isu yang boleh dilabon-labon begitu saja. Mungkin juga Pak Mongolia ingat yang zaman pemerintahan beliau sama seperti zaman Son of Kutty memerintah negara ini.

Selain itu, SB juga mendakwa bahawa terdapat pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering berulang - alik ke Selantan Thailand bagi bertemu dengan bekas pemimpin parti komunis suatu ketika dahulu. Wow, hebat! Jauh betul pemikiran dan pandangan geng - geng Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.

Mungkinkah ada agenda disebalik tuduhan ini ? Jika dilihat sejarah 13 Mei dahulu, juak UMNO menggunakan asbab yang sama bagi melawan pihak oposisi dengan mendakwa bahawa ideologi komunis mula meresap dalam DAP dan mereka ingin memusnahkan Ketuanan Melayu.

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, lagi nak dekat pilihan raya. Lagi macam - macam perkara akan terjadi. Apa yang penting sekarang kita sama-sama ceritakan kebenaran pada setiap pelusuk negara ini. Supaya UMNO tumbang dan masa depan negara akan terjamin.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Sharizat sudah salah langkah kata Rafizi

| comments

Tindakan sharizat jalil mahu menyaman dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) memang ditunggu-tunggu, demikian ulasan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, memfailkan saman  RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan terhadap Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 19 januari lalu.
 
Mengulas tindakan saman terhadapnya, Rafizi mendakwa bahawa tindakan yang diambil oleh sharizat ini sebenarnya ditunggu-tunggu agar mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya

Menurut Rafizi lagi, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri,
 “Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” ujarnya lagi

Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar kerana sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman

"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi

Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar" tambah pengarah strategik PKR itu lagi.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN dan NGO Jingga 13 mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.


Konvensyen Pakatan Rakyat 2012 - teks ucapan Azmin Ali

| comments




1. Alhamdulillah, pagi ini Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga disaat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.
Konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap.Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis UMNO yang kini berada di ambang senjakala.

2.Bagi pihak KEADILAN saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada PAS Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menjadi tuan rumah kepada konvensyen ini.

3. Konvensyen ini adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.
Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh UMNO.
Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

4. Pakatan Rakyat tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga. Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13.
Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat.

5. KEADILAN tidak berseorangan. Kita ada sahabat seperjuangan DAP. Kita ada teman sejati PAS. Kita ada Pakatan Rakyat. Come what may.
Pakatan rakyat merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

6. Rakyat sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.
Rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

7. Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK.Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang.Setelah itu, rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh UMNO.

8. 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1500 sebulan.
Anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi. Mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.
Perkhidmatan awam perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam.

9. Malangnya, negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
Justeru itu, rakyat mahu Malaysia Tanpa UMNO. Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah ini melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

REFORMASI UNTUK MALAYSIA

10. Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas harapan rakyat yang cintakan kebebasan, kebebasan adalah fitrah manusia. Lebih dua ribu tahun yang lalu Julius Ceaser dibunuh oleh sekumpulan senator Rome yang dipimpin oleh Brutus.
Julius Ceaser berada dipuncak kekuasaannya sebagai ahli politik dan negarawan. Dan sumbangan beliau tidak sedikit, beliau telah menjadikan Rome dari sebuah negara kecil kepada sebuah empayar. Tetapi beliau dibunuh kerana mahu merampas kebebasan rakyat Rome.
Setelah Ceaser dibunuh Brutus berucap di depan rakyat Rome dan menanyakan soalan: “Who is here so base, that would be a bondman? – Siapakah di sini yang sebegitu hina hingga mahu menjadi seorang hamba?

11. Semangat kebebasan ini diungkapkan kembali di abad lalu oleh pejuang kemerdekaan India, Mahatma Ghandi: “Freedom is never dear at any price. It is the breath of life. What would a man pay for living?” Kebebasan itu akan ditebus dengan apa harga sekalipun kerana kebebasan itu adalah nafas kehidupan.
Semangat cintakan kebebasan tersebut menjelma di dunia Arab hari ini. Kerana inginkan kebebasan, rakyat Tunisia mengusirkan Ben Ali.
Kerana inginkan kebebasan, rakyat Mesir mengguling Hosni Mubarak.
Insha Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir UMNO dan Barisan Nasional dari Putrajaya.

12. Reformasi adalah agenda pembebasan rakyat. Reformasi juga adalah agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.
Agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.
Insha Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa.

13. Kita sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat. Kita sudah ada Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.
Kita juga sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara. Kita mempunyai pemimpin yang amanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.
Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat.

KES DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

14. 9 Januari 2012 adalah tarikh kesyukuran rakyat. Hampir 15 tahun, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengharung fitnah dan konspirasi, dipenjarakan dan ingin dipenjarakan kembali.
Beliau melakukan ini semua Demi Rakyat. Beliau mengambil ilham dari doa Nabi Syuaib a.s untuk melakukan “Islah Mas Tata’tum” – melakukan islah, pembaruan, reformasi dengan segenap tenaga.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat yang istiqamah membela Dato’ Seri Anwar dari segala fitnah dan tidak berganjak dari pendirian untuk menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri.

15. Alhamdulillah, kebenaran akhirnya muncul dan Dato’ Seri Anwar bebas.
Namun, rakyat masih belum dibebaskan. Tarikh 9 Januari ini juga adalah bersamaan dengan tarikh keramat kepulangan Mahatma Gandhi dari Afrika Selatan yang kemudiannya menginspirasikan kemerdekaan dan kebebasan rakyat India.
Gandhi pulang berbekal pengalaman melihat kebobrokan dasar apartheid dan kezaliman yang melampau.
Atas semangat itu, Gandhi pulang dan berjuang habis-habisan untuk memerdekakan rakyat dan negara India.
Justeru itu, tarikh dan semangat 901 juga akan menjadi sumber inspirasi rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada perkauman sempit, salah guna kuasa dan kebejatan UMNO.

16. Baru-baru ini juga, Afrika Selatan baru meraikan 100 tahun kelahiran ANC. ANC yang dipimpin oleh Nelson Mandela dan rakan-rakan berjuang melawan kejelekan dasar apartheid sehingga Mandela sendiri terkurung di dalam penjara lebih daripada 25 tahun.
Semangat dan ruh inilah yang dibawa oleh Pakatan Rakyat semenjak gelombang kebangkitan reformasi 1998.
Menolak perkauman, melawan ketidak adilan dalam masyarakat, dan mempertahan demokrasi adalah akar perjuangan Pakatan Rakyat.

17. Dato’ Seri Anwar sendiri telah mengambil inspirasi Mandela ketika membela diri di kandang tertuduh. Kenyataan beliau dari kandang tertuduh atau Statement from the Dock telah mengulang pidato pembelaan Mandela beberapa ketika lalu :
Saya telah berjuang menentang ketuanan kulit putih dan saya telah menentang ketuanan kulit hitam. Saya mengidamkan kewujudan masyarakat demokratik dan merdeka di mana rakyat dapat hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dengan peluang yang setara. Ia merupakan cita-cita murni yang saya perjuangkan dalam kehidupan ini. Namun, jika terpaksa, saya sanggup mati demi mempertahankannya.”

18. Saya tidak fikir Dato’ Sri Najib menjiwai perjuangan ANC dan Mandela biarpun beliau hadir ke sambutan tersebut di Afrika Selatan. Hipokrasi Dato’ Sri Najib dan UMNO terserlah sedang beliau dan UMNO adalah pemimpin dan parti politik yang bersifat perkauman.

19. Kita harus mengucapkan syabas kepada Dato’ Seri Anwar, dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN, yang sanggup mengharungi pancaroba ini.
Cobaan ini bukanlah untuk mereka yang lemah dan berjiwa kerdil. Dengan segala fitnah dan mehnah terhadap diri beliau, Dato’ Seri Anwar tidak pernah mengganggu usaha dan konsentrasi beliau untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai wahana perjuangan demokratik rakyat.
Gandingan mereka bukan sekadar menjadikan Pakatan Rakyat sebagai gerakan politik nasional tetapi beliau juga telah memperkenal Pakatan Rakyat sebagai “tahalluf siyasi” yang berteraskan nilai-nilai sejagat
Islam ke seantero dunia.
Dato’ Seri Anwar juga telah meletakkan Pakatan Rakyat dalam peta dan rangkaian manusiawi sejagat dalam perjuangan demokrasi, keadilan dan karamah insaniah.

PAKATAN RAKYAT MENERAJUI MALAYSIA TANPA UMNO

20. Pakatan rakyat adalah sebuah gerakan politik Pencerahan – Enlightened Political Movement. Perjuangan ini berteraskan ilmu, idealisme dan gagasan politik untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Pakatan Rakyat menangani berlandaskan perbincangan dan perdebatan sihat.
Berbeza dengan UMNO yang hanya berdasarkan emosi, fitnah dan veto kekuasaannya untuk menyelesaikan perbezaan sesama mereka.

21. Kita mahu membebaskan rakyat daripada hegemoni UMNO yang sudahterlalu membarah dalam masyarakat. Pembebasan rakyat adalah kekuatan Pakatan Rakyat untuk membina sebuah Malaysia yang gagah, A Mighty Malaysia. Inilah yang akan kita perjuangkan:

Dari robohan Kota Melaka,
Jiwa merdeka kita bangunkan,
Tanpa UMNO hilang petaka,
Malaysia gagah kita majukan.

901 Ucapan Kak Wan

| comments


Semalam , tanggal 9 Januari 2012 adalah suatu detik sejarah baru untuk Malaysia. Suatu peristiwa yang pastinya menggamit jutaan memori perjuangan rakyat yang berlanjutan hampir 14 tahun lamanya.

Seawal pagi lagi, ribuan pendokong dan penyokong keadilan sudah berada di perkarangan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta menanti kehadiraan Anwar dan saya serta keluarga.

Ini sungguh memberikan semangat dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk mendepani dengan apa jua keputusan hakim mengenai kes fitnah 2 ini yang berlarutan.

Alhamdulillah, dengan berkat doa, usaha dan tawakkal selama ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan yang difitnah kepada beliau.

Tatkala ini, adalah satu saat dan memori yang paling indah bagi keluarga kami. Segala syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.

Justeru, saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga selama ini dengan sokongan dan kesabaran yang menambahkan semangan perjuangan kami untuk membela kebenaran Anwar.

Segala pengorbanan rakyat selama ini, didoakan agar menjadi saksi perjuangan menentang kezaliman, kerana Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Jihad yang paling utama adalah kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” (HR Ahmad)

Maka, jelaslah sekarang kebenaran itu adalah hak bagi kita semua yang dizalimi. Insya Allah, kebangkitan rakyat khususnya golongan muda akan menggerakkan zaman demi kesuburan demokrasi.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

901 Ucapan Anwar

| comments


Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta --  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

Ada pihak mahu jejas keselamatan presiden PKR

| comments

Pengawal peribadi presiden PKR yang disuntik dengan dadah malam tadi  (SILA BACA DISINI) telah pengsan didalam kereta, persoalan dari Dr Wan Azizah kepada siapakah suntikan itu sebenarnya ditujukan?

Apakah kepada Wan Azizah sendiri atau kepada pemandu peribadi presiden PKR itu.

Jika ia sebenarnya ditujukan kepada pemandu peribadi presiden paerti yang dilihat lebih releven berbanding rejim umnoapco itu, besar kemungkinan pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan itu dan lebih malang lagi jika pemandu tersebut pengsan bila memandu kenderaan yang membawa presiden PKR itu kesemua nyawa manusia yang berada di dalam kenderaan itu pasti terancam.

Apakah ini satu percubaan membunuh, jika ya, apakah ini cara yang betul berpencak diatas pentas politik?

Malaysia sudah tidak selamat bagi sesiapa pun , percayalah.

kita lihat dulu video dibawah





Persoalan yang timbul siapa punya angkara, makluk kepunyaan ALLAH mana yang hilang pertimbangan dan imannya sehingga sanggup melakukan ini,  sedarkah anda telah melakukan dosa yang cukup besar?

Masih ingat lagikah kepada kes pembunuhan Al-Tantuya, dimana 2 orang anggota polis didapati bersalah membunuh dengan cara menembak wanita mengandung itu, diikat dengan Bom jenis C4 yang tidak mungkin dijual dipasar raya dan kemudiannya diletupkan.

Kuasa ALLAH membongkar konspirasi pembunuhan senyap itu, kedua-dua pesalah yang langsung tidak punya motof apa pun untuk membunuh wanita itu telah berkata mereka telah "di anjing hitamkan" oleh tangan-tangan ghaib, Apa rakyat malaysia tidak ingat?.. tidak sedar bahawa apa jua boleh berlaku kepada anda?

Dan jika apa yang berlaku terhadap pengawal peribadi presiden PKR itu sebenarnya satu cubaan bunuh atau mencederakan, apakah kita rakyat masih mahu diam dan diperbodohkan,

Apakah kita masih mahu kata ini cerita politik, tak ada kena mengena langsung dengan kita?.

Bagaimana dengan kisah Beng Hock, Ahmad Sarbani, Kugan, Adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak semasa berusia hanya 15 tahun bukankah mereka hanya rakyat seperti kita, bolehkah anda begitu yakin dengan sistem yang pincang kini keselamatan anda pasti akan terjamin.

Kepada ALLAH kita minta agar kita akan selalu dilindungi, kepada ALLAH kita minta mereka yang berhati haiwan ini akan sedar dan insaf tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH...sehebat-hebat mereka mengatur dan merencana, pasti kuasa ALLAH akan mengatasi

Jangan sampai kita berlaku kejam dan bila sakaratul maut itu menjengah saat itu dibuka segala hijab agar kita terlihat kembali semua kekejaman kita.

ALLAHUAKBAR,,,,

Sah pengawal pengiring presiden disuntik racun (Update)

| comments

Seperti yang disiarkan sebelum ini (klik sini) ,Sah, pengawal pengiring presiden PKR telah disuntik racun dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di seberang jaya.

Mengikut saksi kejadian, Fayyad berjalan di depan sewaktu mengiring Presiden PKR meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun.beliau telah disuntik  di tangan kiri ketika mengiringi presiden parti dalam satu acara rapat rakyat sempena 901.

Diberitakan suntikan dadah jenis morfiphine tersebut sebenarnya ditujukan kepada presiden parti.

Suntikan tersebut menyebabkan nadi dan jantung mangsa dikatakan telah terhenti seketika.

Maklumat terbaru menyatakan Kondisi Fayyad stabil dan telah sedarkan diri. Namun bahagian tangan kiri sehingga bahu dilaporkan masih kebas dan gagal digerakkan, Doktor juga dilaporkan sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun.

Rakyat malaysia yang cintakan demokrasi khususnya diminta mendoakan keselamatan beliau dan berdoa supaya rejim angkuh barisan nasioanl ini segera tumbang.

Tindakan terdesak ini dapat membuktikan bahawa kerajaan zalim umnoapco sekarang dalam keadaan cukup kritikal menghadapi PRU13.

Hentikan kezaliman, rejim angkuh harus hancur, jika ini caranya mereka mahu menghapuskan musuh mereka , tidak mustahil "tukanglawan" dan blogger lain juga akan mengalami nasib sama, lebih malang mungkin anda atau keluarga anda juga akan diperlakukan sebegini.

bertindak sekarang, selamatkan malaysia, selamatkan rakyat dari rejim serupa yahudi.


Pengawal peribadi Presiden PKR disuntik racun

| comments

Terkini, pengawal pengiring presiden parti keadilan rakyat dikatakan sedang tenat  di salah sebuah hospital di seberang jaya.

Pengawal pengiring itu dikatakan telah disuntik dengan racun oleh seseorang yang tidak dikenali, suntikan itu juga dikatakan sebenarnya ditujukan kepada presiden parti PKR.

Berita lanjut akan diberikan sebaik info lanjut diberikan...

Ribuan terima kasih kepada pengirim.

Yb Azmin Ali Akan Pertahan PKR Dan Meneruskan Perjuangan Melaksanakan Perubahan

| comments




Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puashati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikai rakyat. UMNO terburu-buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita-cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakam sejarah, Dato Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama-sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI di tohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato' Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb. Januari nanti. pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evoltionary process" dan bukannya suatu "revolutionary process."

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13. Kemenanan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato' Seri Anwar pada hari tersebut, 9 Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Siapa TAKUT Siapa?

| comments

Assalamualaikum.

Semakin jelak apabila mendengar kenyataan orang-orang UMNO/BN yang mengatakan PAS takut kepada DAP, PAS dipergunakan oleh DAP ,PAS tunduk pada DAP. Habis dicanang kepada seluruh Malaysia begitu.

Rasionalnya:

Kalau PAS takut DAP,sudah tentu PAS tarik balik isu MAT INDERA seperti yang digesa Karpal Singh.Kenapa PAS tidak lakukan?Kerana PAS tidak perlu takut kepada DAP.Sementara itu,percanggahan pendapat adalah NORMAL didalam PAKATAN RAKYAT, boleh diselesaikan dengan perbincangan,bukan seperti tabiat UMNO/BN bila ada masalah disorokkan dibawah karpet.Makin lama makin menimbun sampah itu.

Kalau PAS takut DAP,tak perlulah PAS suruh DAP keluar PR kalau tak terima HUDUD.Beranikah UMNO berkata begitu kepada MCA dan MIC?

Bagaimana dengan UMNO?

TS Muhyiddin cakap terima HUDUD.
Chua Soi Lek cakap buat HUDUD,MCA dan GERAKAN keluar BN.
DS Najib cakap BN janji TAKKAN buat HUDUD.

Sampai perlu BERJANJI yang HUDUD tidak akan dilaksanakan di Malaysia?Untuk apa janji itu?Kenapa terkeluar janji itu?Takut?



MIC buka suara,G Palanivel ters dapat menteri penuh.
Chua Soi Lek mahukan KUOTA MELAYU dihapuskan,DS Najib luluskan.



ISLAM dihina oleh Chua Soi Lek,UMNO tunduk membisu,adakah UMNO takut kepada MCA?Mana pergi AGAMA BANGSA dan NEGARA yang diperjuangkan?

Secara terang-terangan PEMUDA MCA membantah HUDUD.DAP yang konon-kononya anti-Islam pernah atau tidak membuat kenyataan seperti MCA?



Mana UMNO yang memperjuangkan ISLAM?

Tidak cukup dengan itu,siap bertempik mengatakan DAP anti-ISLAM,tetapi?



Orang UMNO sendiri menghina ISLAM?


Mana UMNO untuk menegakkan KEDAULATAN ISLAM?
Siapa takut siapa?



Perbandingan MUDAH,didalam PAKATAN RAKYAT terdapat PKR,DAP dan PAS.Ketiga-tiga parti itu mempunyai AHLI MELAYU.
Manakalah didalam BARISAN NASIONAL.MELAYU hanya ada didalam UMNO tidak mungkin dan mustahil berada didalam MCA dan MIC.
p/s-Adakah didalam UMNO 100% MELAYU?



"Rakyat perlu BANGKIT dengan KAJIAN,PERBANDINGAN,jangan biarkan hidup anda diselubungi PENIPUAN media UMNO dan BN."


AAAA

Pidato Pembangunan dan Interaksi Balik Pulau.

| comments



INTERAKSI BALIK PULAU 2011

Program-program 'Interaksi Balik Pulau 2011'

1hb Oktober 2011, Sabtu

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

KEMPEN DERMA DARAH
9 pagi – 5 petang

PERTANDINGAN MEWARNA DAN BENGKEL MELUKIS
9 pagi – 10.30 pagi

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
9 pagi – 10.30 pagi

SENAMROBIK
9 pagi – 10 pagi

MAJLIS PERASMIAN INTERAKSI BALIK PULAU & PELANCARAN DATARAN MUAFAKAT
9.30 pagi – 10.15 pagi



PIDATO PEMBANGUNAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
10.15 pagi – 11 pagi
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Profesor di
universiti terkemuka dunia ini akan memberikan pidato bertajuk, “Ada
Apa Dengan Pembangunan?”

KENDURI RAKYAT
11 pagi – 1 petang
Jamuan makan yang ditaja oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi
Yusoff sempena maraikan program Interaksi Balik Pulau

PASAR SENI BALIK PULAU
10 pagi – 12 tengah malam
Nama pasar seni diambil sempena nama lokasi acara diadakan dan juga
bertujuan untuk merakyatkan seni ke tempat awam seperti contohnya di
Kompleks Pasar Awam ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan di bawah
program PASAR SENI BALIK PULAU iaitu;

• Konsert hari pertama menampilkan sensasi baru dunia nyanyian Najwa
Latif, Azhan Atan dari Akademi Nasyid, band asal Balik Pulau, Marble
Band dan banyak lagi band muzik dari seluruh Pulau Pinang.
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Wayang pacak atau lebih dikenali dengan nama wayang milo
• Pameran foto Balik Pulau

PAMERAN MOTOSIKAL
12 tengah hari – 4 petang
Anak-anak muda dengan motosikal mereka akan bertarung untuk menjadi
pemenang pertandingan motor berhias tercantik.

BENGKEL UNDI MALAYSIA
2 petang – 5 petang
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa anak-anak muda dengan isu yang
dekat dan penting bagi mereka seterusnya dapat dilahirkan dalam bentuk
tindakan seperti bagaimana nantinya isu tersebut cuba ditangani
bersama wakil rakyat di kawasan mereka.

MALAM ANUGERAH BALIK PULAU TERBAIK
8 malam – 9 malam
Penerima anugerah terdiri daripada anak-anak kelahiran Balik Pulau
yang telah mengharumkan nama Balik Pulau dan mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. Program diserikan lagi dengan
persembahan istimewa dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

WAYANG MILO
9 malam
Tayangan filem

2hb Oktober 2011, Ahad

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Perikanan Negeri dan banyak lagi

FORUM INTERAKSI PEMBANGUNAN BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
Program ini akan menggunakan pendekatan baru berbeza dengan
forum-forum lain iaitu dengan mengambil pendekatan Interaksi &
koloborasi kunci falsafah 'Muafakat'. Panitia mengalu-alukan warga
Balik Pulau untuk mengambil peluang sebagai pembentang kertas kerja,
pendiskusi dan lain-lain. Terbahagi kepada 4 sesi iaitu;

Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau

BENGKEL HAK ASASI & TATA KELOLA OLEH SUHAKAM
9.00 pagi – 1 petang
Bengkel tentang hak asasi manusia dikendalikan oleh Suhakam

PASAR SENI BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
• Konsert hari kedua menampilkan kumpulan-kumpulan muzik independen baru
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Pameran foto Balik Pulau

Terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, JKKK seluruh Balik Pulau, Komuniti Frinjan, Little
Penang Street Market dan semua pihak atas sokongan yang diberikan

Pertanyaan 010 512 6836

AAAA

hah.. tak tau.. kak Timah dah marah

| comments


Jangan fikir orang asal tak mampu berfikir dan menuntut hak mereka. mereka kini tidak mahu ditindas oleh KERAjaan Be-End lagi, mereka kini menuntut hak mereka di atas bumi tumpah darah mereka.tanah nenek moyang mereka.

Itu lah yang disuarakan oleh kak Timah pada konvension pilihanraya PKR yang berlangsung di SACC tempoh hari, beliau menyuarakan apa yang selayaknya mereka terima, malah mereka rasa sangat terhina dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Be-End terhadap mereka



Jika orang asal sudah sedar selama ini mereka ditipu dan ditindas oleh kerajaan Be-End selama ini mengapa ramai lagi yang masih belum sedar dengan apa yang dilakukan oleh KERAjaan be-end  malah lebih menyedihkan masih ada yang mati-mati mempertahankan Parti korup yang diketuai oleh umporno ini.


Ayuh rakyat malaysia, bangun dan tentang sehabis-habisnya KERAjaan kurop ini, kita tumbangkan mereka dan kita heret pemimpin-pemimpin korup mereka ke mahkamah... pilihan ditangan anda, adakah anda masih mahu diperbodohkan oleh KERAjaan  yang sangat korup itu...atau anda mahu bersama menuntut perubahan 

"DEMI RAKYAT"  ayuh tumbangkan Be_end

@TUKANGLAWAN Geng dengan kak Timah... sebab kami memang nak jatuhkan Be_End

"UMNOPORNO PARTI PERKAUMAN YANG SUKA MEMBAZIR"

ANAK MUDA SUDAH SEDIA

| comments


SHAH ALAM 19 Jun, Ribuan anak muda hadir ke rapat anak muda 13.0 yang berlangsung dengan cukup hebat di dewan jubli perak SUK selangor malam tadi, rapat anak muda itu berlangsung dengan cukup meriah dan sangat bertenaga sekali.

Rapat anak muda itu bermula dengan nyanyian "negaraku" pada lebih kurang jam 8.20 minit dan berakhir kira-kira jam 12 malam, selain pidato, bacaan sajak dan ucapan pemimpin-pemimpin AMK, majlis itu turut dipersembahkan dengan nyanyian dari anak-anak muda,persembahan sketsa dan persembahan dari Hishamuddin Rais berjaya mengamatkan suasana dan membuat semua peserta terhibur.

Ucaptama oleh ketua umum, Datuk seri Anwar Ibrahim amat mempersonakan dan menaikkan semangat semua anak muda yang menghadiri rapat anak muda itu, DSAI meminta pimpinan AMK memperkemaskan lagi orgisasi dan meminta semua ahli AMK memperkuatkan usaha merampas pentadbiran dari kerajaan Barisan nasional yang korup, sementara itu setiausaha agung parti keadilan rakyat, Saifuddin Nasution juga menyampaikan amat kepada semua anak muda yang hadir pada malam itu.

Rata-rata anak muda yang hadir ke rapat anak muda 13.0 ini dilihat cukup bersedia dan sangat bersemangat untuk menghadapai pilihanraya akan datang, dan jika momentum ini berkekalan, Barisan nasional pasti akan tumbang tidak lama lagi.

@TUKANGLAWAN Yakin, anak muda seluruh negara juga bersemangat dan mahu merampas pentadbiran negara dari cengkaman kuku besi pemimpin BE-END

Lynas, Kesal sikap najib

| comments


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kesal dengan keengganan Perdana Menteri menerima memorandum bantahan berhubung pembinaan loji ‘rare earth’ yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif.
Memorandum disertai petisyen “Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia” yang ditandatangani penduduk Kuantan itu sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
Fuziah menyifatkan keenganan  itu membuktikan  Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan soal keselamatan rakyat dan bertentangan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan,  Pencapaian diutamakan’, yang dilaungkan selama ini.
“Apalah salahnya kalau dia hantar wakil untuk terima petisyen bantahan tersebut. Ini menunjukkan beliau tidak prihatin dengan tuntutan rakyat malah mengenepikan keutamaan serta keselamatan rakyat.
“Bukan sahaja tak hantar wakil, malah delegasi yang dianggotai seramai 10 orang di kalangan penduduk tempatan termasuk NGO di Parlimen pagi tadi tidak dilayan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.
Mereka berhimpun secara aman di perkarangan luar Parlimen sambil mengedar risalah serta lencana kepada Ahli Parlimen dan Menteri, menuntut supaya nyawa  dan kesihatan penduduk Kuantan tidak dipertaruhkan dengan pembinaan loji berkenaan.
Memorandum itu merupakan salah satu kempen kesedaran yang diusahakan Fuziah  bagi mendedahkan kepada penduduk  tentang risiko radiokatif yang dihasilkan kilang tersebut.
“Hampir 90 peratus sambutan positif diterima daripada penduduk bandar Kuantan yang mahu pembinaan loji tersebut dihentikan serta merta.

Perarakan bantah projek Lynas

| comments





KUALA LUMPUR 20 mei 2011: Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi membantah projek pusat pembinaan pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Mereka bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.
Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan.
Peserta perhimpunan turut melaungkan slogan ‘Hancur Lynas, Hidup Rakyat’ ketika tiba di kedutaan itu.
Jurucakap bagi NGO itu Vincent Chiam, berkata, mereka mendesak Lynas menamatkan operasi pembinaan projek nadir bumi itu sebelum 31 Ogos ini, sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada tarikh tersebut.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.
Sebanyak enam trak polis lengkap dengan water canon dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan namun tidak ada  sebarang tangkapan dilakukan.

PANAS - PKR Mungkin diharamkan oleh ROS

| comments

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

@TUKANGLAWAN Tunggu sidang media , ini mungkin salah satu usaha melemahkan Pakatan takyat oleh golongan tertentu, jika itu tindakan mereka, nya umno akan berkubur.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit