Tindakan sharizat jalil mahu menyaman dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) memang ditunggu-tunggu, demikian ulasan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli.
Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, memfailkan saman RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan terhadap Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 19 januari lalu.
Mengulas tindakan saman terhadapnya, Rafizi mendakwa bahawa tindakan yang diambil oleh sharizat ini sebenarnya ditunggu-tunggu agar mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, memfailkan saman RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan terhadap Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 19 januari lalu.
"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya
Menurut Rafizi lagi, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri,
“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” ujarnya lagi
Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar kerana sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman
"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi
“Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar" tambah pengarah strategik PKR itu lagi.
NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.
Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.
Terbaru, KEADILAN dan NGO Jingga 13 mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.