Kerana tidak berpuashati dengan laporan sebuah akhbar pro umnoapco, iaitu Utusan Malaysia yang menyiarkan berita kononnya beliau lari dari menerima surat saman,blogger tersebut telah datang menerjah sendiri pejabat peguan tersebut untuk meminta penjelasan.
Penulis blog Sharpshooter tersebut menyatakan perasaan amat terkejut dengan laporan Utusan 13 Januari lepas yang mendakwa, kes menghina mahkamah terhadap blogger berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana 'penulis blog itu hilangkan diri'.
Amizuddin ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.
Namun peguam rais yatim iaitu mohd shafee meminta beliau datang ke mahkamah keesokan harinya untuk mendapatkan dokumen itu sambil bertegas sudah tujuh kali pihaknya cuba menyerahkan dokumen itu.
Amizuddin berkeras dengan berkata beliau tidak ke mana-mana dan tidak menerima sebarang dokumen atau surat dari peguam berkenaan memintanya hadir ke mahkamah.
Amizuddin berkeras dengan berkata beliau tidak ke mana-mana dan tidak menerima sebarang dokumen atau surat dari peguam berkenaan memintanya hadir ke mahkamah.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.