Pengawal peribadi presiden PKR yang disuntik dengan dadah malam tadi (SILA BACA DISINI) telah pengsan didalam kereta, persoalan dari Dr Wan Azizah kepada siapakah suntikan itu sebenarnya ditujukan?
Apakah kepada Wan Azizah sendiri atau kepada pemandu peribadi presiden PKR itu.
Jika ia sebenarnya ditujukan kepada pemandu peribadi presiden paerti yang dilihat lebih releven berbanding rejim umnoapco itu, besar kemungkinan pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan itu dan lebih malang lagi jika pemandu tersebut pengsan bila memandu kenderaan yang membawa presiden PKR itu kesemua nyawa manusia yang berada di dalam kenderaan itu pasti terancam.
Apakah ini satu percubaan membunuh, jika ya, apakah ini cara yang betul berpencak diatas pentas politik?
Malaysia sudah tidak selamat bagi sesiapa pun , percayalah.
kita lihat dulu video dibawah
Persoalan yang timbul siapa punya angkara, makluk kepunyaan ALLAH mana yang hilang pertimbangan dan imannya sehingga sanggup melakukan ini, sedarkah anda telah melakukan dosa yang cukup besar?
Masih ingat lagikah kepada kes pembunuhan Al-Tantuya, dimana 2 orang anggota polis didapati bersalah membunuh dengan cara menembak wanita mengandung itu, diikat dengan Bom jenis C4 yang tidak mungkin dijual dipasar raya dan kemudiannya diletupkan.
Kuasa ALLAH membongkar konspirasi pembunuhan senyap itu, kedua-dua pesalah yang langsung tidak punya motof apa pun untuk membunuh wanita itu telah berkata mereka telah "di anjing hitamkan" oleh tangan-tangan ghaib, Apa rakyat malaysia tidak ingat?.. tidak sedar bahawa apa jua boleh berlaku kepada anda?
Dan jika apa yang berlaku terhadap pengawal peribadi presiden PKR itu sebenarnya satu cubaan bunuh atau mencederakan, apakah kita rakyat masih mahu diam dan diperbodohkan,
Apakah kita masih mahu kata ini cerita politik, tak ada kena mengena langsung dengan kita?.
Bagaimana dengan kisah Beng Hock, Ahmad Sarbani, Kugan, Adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak semasa berusia hanya 15 tahun bukankah mereka hanya rakyat seperti kita, bolehkah anda begitu yakin dengan sistem yang pincang kini keselamatan anda pasti akan terjamin.
Kepada ALLAH kita minta agar kita akan selalu dilindungi, kepada ALLAH kita minta mereka yang berhati haiwan ini akan sedar dan insaf tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH...sehebat-hebat mereka mengatur dan merencana, pasti kuasa ALLAH akan mengatasi
Jangan sampai kita berlaku kejam dan bila sakaratul maut itu menjengah saat itu dibuka segala hijab agar kita terlihat kembali semua kekejaman kita.
Kepada ALLAH kita minta agar kita akan selalu dilindungi, kepada ALLAH kita minta mereka yang berhati haiwan ini akan sedar dan insaf tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH...sehebat-hebat mereka mengatur dan merencana, pasti kuasa ALLAH akan mengatasi
Jangan sampai kita berlaku kejam dan bila sakaratul maut itu menjengah saat itu dibuka segala hijab agar kita terlihat kembali semua kekejaman kita.
ALLAHUAKBAR,,,,
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.