Jingga 13 seru ahlinya turun 901

| comments


Jingga 13 sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang selama ini mengikuti rapat perkembangan kes mahkamah pertuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibacakan penghakimannya pada 9 Januari 2012, hari ini menyatakan pendirian untuk menyokong Perhimpunan Aman 901.

Jingga 13 juga menyambut baik kebenaran pihak PDRM yang membenarkan perhimpunan aman ini, disebalik kemudiannya wujud sepuluh syarat yang tidak dinyatakan pada perbincangan sebelumnya.

Namun, Jingga 13 yakin kemampuan penganjur Perhimpunan Aman 901 ini untuk menangani keadaan. Rakyat juga semakin matang dan bijak untuk mengawal emosi dan tidak akan berlaku sebarang kekecohan andainya tidak wujud provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, atas keyakinan itu Jingga 13 ingin menyeru ahli-ahlinya seramai 10,292 untuk turun memberikan sokongan padu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim amnya, dan kepada tuntutan keadilan dan kebebasan khasnya pada Perhimpunan Aman 901.











#BebasAnwar 901
Muafakat*Prihatin*Berani
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit