Perut pecah pabila Unit Cawangan Khas PDRM (SB) mengumumkan kepada ruang awam bahawa Pembangkang di Malaysia ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang mengantui juak-juak Melayu UMNO yang totok. Apa yang menjadi persoalan apa tujuan dan asbab Pak Mongolia serta Pemuda julang keris lamb chop membenarkan SB menghebahkan hal ini kepada khayalak umum.

Selain itu, SB juga mendakwa bahawa terdapat pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering berulang - alik ke Selantan Thailand bagi bertemu dengan bekas pemimpin parti komunis suatu ketika dahulu. Wow, hebat! Jauh betul pemikiran dan pandangan geng - geng Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.
Mungkinkah ada agenda disebalik tuduhan ini ? Jika dilihat sejarah 13 Mei dahulu, juak UMNO menggunakan asbab yang sama bagi melawan pihak oposisi dengan mendakwa bahawa ideologi komunis mula meresap dalam DAP dan mereka ingin memusnahkan Ketuanan Melayu.
Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, lagi nak dekat pilihan raya. Lagi macam - macam perkara akan terjadi. Apa yang penting sekarang kita sama-sama ceritakan kebenaran pada setiap pelusuk negara ini. Supaya UMNO tumbang dan masa depan negara akan terjamin.
MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.