Memaparkan catatan dengan label AMK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMK. Papar semua catatan

AMK Akan Mohon Campur Tangan Sultan Selesai Kemelut Air

| comments


KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI SELANGOR

21 JANUARI 2013

ISU AIR DI SELANGOR: AMK SELANGOR AKAN MERAFAK SEMBAH, MOHON CAMPURTANGAN KE BAWAH DYMM SULTAN SELANGOR

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan kesusahan dan kepayahan rakyat di beberapa kawasan di negeri Selangor yang kini masih berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air.

Perkembangan mutakhir turut membayangkan bahawa isu ini dengan sengaja telah dipolitikkan secara melampau oleh pimpinan UMNO-BN dengan memesongkan fakta dan kenyataan sebenar. UMNO-BN menerusi media kawalan mereka secara berterusan memanipulasi isu ini seolah-olah ianya berpunca daripada keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan kepada projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) sedangkan realiti sebenar adalah sebaliknya. Hakikatnya, pihak SYABAS selaku syarikat konsesi yang diberikan kontrak menguruskan pembekalan air terawat kepada rakyat Selangor telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kita sedia maklum bahawa sejak tiga tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berunding dengan pihak SYABAS untuk mengambil alih pengurusan air di negeri Selangor. Walaubagaimanapun segala usaha Kerajaan Negeri menemui kegagalan disebabkan keengganan Kerajaan Pusat untuk memberikan kerjasama bahkan secara terbuka menyokong SYABAS.

Lantaran itu, rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan dan kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan.

Berikutan kegagalan SYABAS menunaikan tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air, AMK Selangor sekali lagi mengulangi desakan supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggar perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor.

Pelbagai langkah telah diambil oleh AMK Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk menangani permasalahan ini namun kelihatannya pihak SYABAS yang diterajui oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti tidak mahu berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan yang membantu Kerajaan Negeri Selangor. Memorandum demi memorandum telah dikemukakan dari peringkat pengurusan SYABAS sehingga ke Istana Negara oleh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor namun sehingga hari ini tiada sebarang hasil positif.

Justeru, AMK Selangor merasakan telah sampai masanya untuk kami turun merafak sembah dan memohon ihsan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk campurtangan di dalam isu ini.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan – mewakili rakyat Selangor – akan menggerakkan satu perhimpunan aman iaitu Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pada 25 Januari 2013 di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang selepas solat fardhu Jumaat dan kemudiannya akan diteruskan dengan perarakan ke Istana Alam Shah untuk merafak sembah dan menyerahkan memorandum merayu ihsan ke bawah DYMM Sultan Selangor supaya berkenan untuk campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda bagi membantu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambil alih SYABAS seterusnya menguruskan sepenuhnya urusan pembekalan air kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

AMK Selangor sekali lagi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi ke atas hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik kepada rakyat Selangor dengan kadar tarif yang berpatutan dan tidak membebankan.

AZMIZAM ZAMAN HURI





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Media, AMK Desak Tangguhkan AES

| comments

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Desak Kong Cho Ha Tangguh AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu.

Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA

| comments

Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor. 

AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.


DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL

Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.

AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.

Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Media AMK Isu "Letak Jawatan" Sharizat

| comments

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia
11 Mac 2012

Pengunduran Shahrizat bukan remedi buat Najib

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April hadapan.

Pengunduran Shahrizat ini sekaligus mengiyakan segala siri pendedahan KEADILAN mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.

AMK menegaskan bahawa, walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat ini, ia sekaligus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN. Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Siasatan dan pendakwaan harus dilakukan segera, dan sekiranya terbukti jelas berlaku penyelewengan wang awam dan salahguna kuasa di dalam skandal NFC ini.

AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja. AMK melihat ramai lagi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salahguna wang rakyat dan salahguna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah. Puluhan malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan.

AMK mendesak Dato’ Sri Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini. Dan tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia








Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Bersih 2.0 - Fariz Musa, ketua AMK subang dan Sahabat ditahan

| comments

Sekadar gambar hiasan

Lebih kurang jam 3 pagi tadi tukanglawan dikejutkan dengan berita penahanan ahli jawatankuasa pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan seorang ahli AMK saudara Yusof .

Difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju BERSIH 2.0 di dalam kereta semasa ditahan di satu sekatan jalanraya di Jalan Gleenmary Shah Alam semasa mereka mahu pulang kerumah selepas bersantai bersama rakan-rakan lain di sebuah warung berhampiran.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di Subang

Dari hasil maklumat rakan-rakan yang berada di balai polis seksyen 8 sehingga kini mereka masih belum dibebaskan, pertuduhan juga masih belum jelas, apa yang agak menimbulkan kegusaran , mereka mungkin akan dikaitkan dengan berita penemuan senjata beserta baju BERSIH yang meragukan sebelum ini

Untuk menghalang BERSIH 2.0 ,najib dan hishamuddin dijangkakan sanggup melakukan apa saja untuk memberi imej jahat kepada apa saja yang melibatkan himpunan ini, termasuk menangkap pimpinan yang dianggap menggugat mereka.
@TUKANGLAWAN Yakin najib sangat terdesak sekarang kerana cubaan mengharamkan himpunan ini tidak berhasil.

"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"


BERSIH 2.0 Polis mula bertindak

| comments

SHAH ALAM 24 june 2011. 13 hari lagi sebelum berlangsungnya HIMPUNAN BERSIH 2.0, polis hari ini telah mula bertindak untuk halang gerakan ini dengan menangkap dan menggari dengan sengaja seorang pimpinan AMK hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, seramai lebih kurang 10 anggota berpakaian preman telah "mencekup" saudara Khairul Anuar Zainuddin yang juga adalah timbalan Ketua AMK malaysia ketika beliau sedang minum di sebuah gerai di di Uptown Shah Alam.



Saudara Khairul Anuar Zainuddin sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh dari individu tidak dikenali menerusi khidmat pesanan ringkas supaya tidak meneruskan niatnya(baca sini) namun ugutan itu menyemarakkan lagi semangat beliau untuk meneruskan kempen menjelang himpunan berkenaan.. malah beliau menyahut seruan ketua AMK malaysia supaya memakai baju BERSIH lebih awal (baca sini)

Namun tindakan Polis ini dilihat sebagai permulaan "tangan-tangan ghaib" yang memberi arahan kepada pihak polis demi mengekang dan menidakkan suara rakyat malaysia, tindakan polis ini dilihat sebagai satu usaha menakut-nakutkan rakyat supaya tidak terlibat dengan himpunan BERSIH 2.0 nanti


Persoalanya kenapa ada tangan-tangan ghaib yang menidakkan suara rakyat ini padahal, melalui undian yang dibuat 99% rakyat mahukan himpunan ini diteruskan (baca sini)


Rakyat malaysia perlu bangkit, sudah tiba masanya untuk kita menuntut perubahan


Sumber menyatakan  Saudara Khairul Anuar Zainuddin telah dibebaskan pada lebih kurang jam 1 am oleh pihak polis kerana mereka tidak punya akta untuk menahan seseorang hanya kerana memakai baju BERSIH, dan menurut peguamnya mereka sedang menimbangkan untuk menyaman pihak polis kerana melakukan tangkapan salah (suka-suka)




@TUKANGLAWAN Tahu anggota polis ramai yang berat hati menjalankan tugas atas arahan begini, mungkin dalam hati mereka mereka sangat suka melihat kebangkitan rakyat.


"Umno nei suka membazir je"

ANAK MUDA SUDAH SEDIA

| comments


SHAH ALAM 19 Jun, Ribuan anak muda hadir ke rapat anak muda 13.0 yang berlangsung dengan cukup hebat di dewan jubli perak SUK selangor malam tadi, rapat anak muda itu berlangsung dengan cukup meriah dan sangat bertenaga sekali.

Rapat anak muda itu bermula dengan nyanyian "negaraku" pada lebih kurang jam 8.20 minit dan berakhir kira-kira jam 12 malam, selain pidato, bacaan sajak dan ucapan pemimpin-pemimpin AMK, majlis itu turut dipersembahkan dengan nyanyian dari anak-anak muda,persembahan sketsa dan persembahan dari Hishamuddin Rais berjaya mengamatkan suasana dan membuat semua peserta terhibur.

Ucaptama oleh ketua umum, Datuk seri Anwar Ibrahim amat mempersonakan dan menaikkan semangat semua anak muda yang menghadiri rapat anak muda itu, DSAI meminta pimpinan AMK memperkemaskan lagi orgisasi dan meminta semua ahli AMK memperkuatkan usaha merampas pentadbiran dari kerajaan Barisan nasional yang korup, sementara itu setiausaha agung parti keadilan rakyat, Saifuddin Nasution juga menyampaikan amat kepada semua anak muda yang hadir pada malam itu.

Rata-rata anak muda yang hadir ke rapat anak muda 13.0 ini dilihat cukup bersedia dan sangat bersemangat untuk menghadapai pilihanraya akan datang, dan jika momentum ini berkekalan, Barisan nasional pasti akan tumbang tidak lama lagi.

@TUKANGLAWAN Yakin, anak muda seluruh negara juga bersemangat dan mahu merampas pentadbiran negara dari cengkaman kuku besi pemimpin BE-END
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit