Benarkah Adam Adli hero mahasiswa ?

| comments


Benarlah seperti kata pengerusi SMM (Solidiriti Mahasiswa Malaysia ) Ahmad Syukri Abdul Razak "Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku,Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik"

Kata beliau lagi sambil menambah,"mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri."

Dan kerana kerakusan dan bongkaknya umnoapco, akhirnya lahir seorang wira mahasiswa yang bernama Adam Adli, fanomena Adam Adli kini meniti dari mulut ke mulut, Adam Adli kini dikenali walau di kedai kopi pelusuk kampung sekali pun.

Dan keluarga Adam Adli seharusnya perlu berbangga dengan Adam Adli, seorang pejuang yang sanggup berjuang walau apa pun risikonya.

Benarkah Adam Adli Seorang wira,?  sudah tentu Adam Adli adalah seorang wira, dan ramai lagi mahasiswa yang sudah tentunya mahu berjuang untuk rakan - rakan seperti Adam Adli. buktinya ada dibawah.


Page tersebut ( sila klik disini ) baru sahaja dibuka, namun telah pun disukai oleh ramai orang terutama dari golongan Mahasiswa sendiri, berbanding dengan satu lagi page yang mendesak Adam Adli meminta maaf, sambutan yang diberikan sangat dingin.

Maka umnoapco harus sedar, bahkan mahasiswa sendiri dilihat sudah menolak kerajaan sedia ada yang mengikat mahasiswa dengan AUKU nya. jadi apakah tindakan kerajaan sedia ada?

Jawapannya mudah. berundurlah umnoapco dengan terhormat, Mahasiswa bukan mudah diperbodohkan. kerana akan ramai mahasiswa seperti Adam Adli akan lahir.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit