Armand kene perlekeh dengan mahasiswa ( Video inside)

| comments


“Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau.. Berani kau kurang ajar dengan kami? Ini semua panglima perang tahu?,”itulah kata-kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, armand azha yang kononnya hebat itu.

Video gangster tak berapa jadi itu nampaknya tidak mampu mengangkat si armand menjadi hero "umnoapco " malah sebenarnya rakaman itu hanya memalukan dirinya sendiri.

Si armand yang kononnya berani dan mengancam mahu ludah penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang juga dimuatkan di Youtube, semalam tanpa sedar sebenarnya telah menjolok sarang tebuan. si arman hero muda umnoapco ini sebenarnya telah menimbulkan kemarahan mahasiswa.

Jadi sebagai membalas ugutan si arman, maka sebuah video serupa bagi memerli dan mengejek panglima umno tersebut kini tersebar luas di dalam laman-laman facebook

Malah yang lebih jelas video yang dihasilkan oleh pemuda-pemuda yang dipercayai mahasiswa itu adalah lebih menarik dari video yang dihasilkan oleh pemuda umno.

Dalam perkembangan sama, pengguna Facebook turut membina laman peminat Adam Adli- sebagai tanda sokongan terhadap mahasiswa terbabit.Laman itu disukai lebih 8,000 pengguna internet setakat ini.

Jadi, apakah akan ada video balas dari arman dan pemuda-pemudanya selepas ini, atau arman akan duduk diam kerana baru tersedar secara tidak sengaja sudah terjolok sarang tebuan...arman terlupa suara mahasiswa sangat kuat dan keras, jika seorang dari dari mereka diganggu, maka arman harus secara suka atau tidak harus menerima akibatnya, dalam kes ini, tindakan pertama yang ditanggung oleh arman adalah diperli dan dipersenda.



Satu kali gelak untuk armand... dua kali gelak untuk armand.... jom kita gelakkan armand,.... kah..kah..kah
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit