Assalamualaikum.
Apa kebaikan PAKATAN RAKYAT?Masih ramai yang tidak tahu kerana sering dikelirukan oleh UMNO dan BN dengan isu-isu yang TIDAK RELEVAN dengan kehidupan seharian RAKYAT MALAYSIA.
Sampai bila UMNO dan BN akan terus berada didalam PENAFIAN?Adakah mereka tidak sedar lagi?UMNO kini dilihat semakin meniru aktiviti ala-Pembangkang.Dah kemaruk untuk menjadi pembangkangkah UMNO dan BN?
Fokus pada isu UTAMA iaitu KEBAIKAN untuk RAKYAT yang semakin dihimpit masalah kewangan.Dengan defisit hutang Malaysia yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun.Anak yang baru lahir di Malaysia terpaksa dibebani dengan hutang negara?
Kita tidak nampak daripada HUTANG yang harus kita bayar,tetapi secara halus,RAKYAT dibebani dengan CUKAI yang tersembunyi,dan pelbagai bentuk cukai yang kita tidak sedari.
PETALING JAYA: Hasrat Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan membawa kesan negatif kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka.
“Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta,” kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan.
“Peningkatan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya jumlah hutang adalah lebih tinggi,” terangnya.
Katanya, kesan berganda daripada peningkatan ini akan dirasa apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya.
“Kenaikan ini sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda, apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selaras dengan kenaikan harga barang,” jelas beliau.
Rafizi berkata, walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.
Bagaimanapun beliau menyambut baik kenyataan terbuka Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa masalah inflasi di
Malaysia perlu diberi perhatian serius seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 25 Julai lalu.
“Kenyataan beliau yang berterus terang mengenai masalah kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat itu sangat berbeza dengan dolak dalih pimpinan BN yang sehingga kini tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenaikan harga barang yang mendadak adalah satu masalah serius di negara ini,” katanya.
Adakah PEMIMPIN UMNO ingin manafikan bahawa BEBAN rakyat semakin meningkat?Apakah USAHA mereka untuk meringankan BEBAN RAKYAT?Sebaliknya hanya menghentam PAKATAN RAKYAT atas USAHA yang mereka ingin lakukan untuk KEBAJIKAN rakyat?
Rakyat perlu sedar.Adakah BEBAN HIDUP ini hanya tertumpu pada penyokong PAKATAN RAKYAT sahaja?Sudah tentu tidak.Penyokong BARISAN NASIONAL juga terpaksa membayar dengan harga yang sama.Adakah mereka tidak sedar?Atau menutup mata semata-mata KETAKSUBAN mereka untuk UMNO dan BN?Buka mata dan lihatlah REALITI.
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.-Membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT sememangnya LEBIH TELUS dan EFISYEN dalam memperjuangkan KEBAJIKAN RAKYAT.
“Contohnya, SELANGOR (dibawah PR) sendiri mencatatkan pendapatan lebih 30 peratus buat ekonomi keseluruhan negara. Malah, Ketua Audit Negara MEMUJI tadbir urus dan tata kelola negeri-negeri yang ditadbir PAKATAN RAKYAT.
Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.
KERAJAAN UMNO-BN telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan TRANSFORMASI Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.
Cuba BANDINGKAN dengan tiga buah negeri yang diperintah oleh PAKATAN RAKYAT – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri.
"PAKATAN RAKYAT terbukti lebih MEMBELA RAKYAT daripada BARISAN NASIONAL"
AAAA.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.