Keganasan Pilihan Terakhir Umno/Bn Meraih Undi

| comments

Pilihanraya Umum Ke 13 semakin hampir. Najib Razak semakin bercelaru apabila beliau memikirkan tentang PRU ke 13. Bukan sahaja Najib Razak, malah para pemimpin Bn juga turut merasa bahang kepanasan  kekalahan Umno/Bn  kepada Pakatan Rakyat. Ini disebabkan semakin ramai rakyat yang hadir ceramah-ceramah yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat mahupun Asalkan Bukan Umno (ABU) walaupun diugut oleh gangster-gangster dengan keganasan.

Isu yang Mulut Kecoh ingin bicarakan bukan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetapi isu mengapa Umno/Bn mengerah gangster-gangster mereka  yang dahulunya tidor dengan nyenyak sekarang bergiat aktif semula menyerang program-program yang dianjur oleh Pakatan Rakyat dan Asalkan Bukan Umno. Tujuan sebenar gangster-gangster Umno kini bergiat aktif adalah untuk mengugut rakyat supaya tidak hadir ke program-program yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Selain media altenatif, ceramah menjadi pilihan utama Pakatan Rakyat untuk menabur idea-idea untuk PRU ke-13 dan membocorkan kejahatan Umno/bn selepas manipulasi media arus perdana. Disebabkan inilah pencacai-pencacai Umno/Bn sanggup menggunakan keganasan untuk menggangu majlis sedemikian rupa.

Ini adalah jalan terakhir Umno/Bn untuk merealisasikan impian tok kaduk mereka untuk menguasai putrajaya satu penggal lagi. Mereka berfikir(akal fikiran yang cetek) dengan menggunakan keganasan ini boleh menidakkan gelombang Pakatan Rakyat sampai kepada rakyat.

Program keganasan Umno/Bn ini bermula di Ceramah Asalkan Bukan Umno bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang. Semestinya anda masih ingat seorang pencacai berbadan gemuk menghalau hadirin kaum india dengan mengatakan "Dijalan Kebun tiada keling Berambus". Dalam kejadian ini, seorang aktivis Hindraf telah cedera. Mereka bukan sahaja telah menggangu majlis ini, mereka telah mencetus satu api  perkauman dengan memanggil kaum india sebagai keling.

Kemudian keganasan Umno berlarutan sehingga sehingga yang terbaru ceramah Anwar Ibrahim di Johor. Ini jelas membuktikan bahawa Umno/BN tidak mempunyai idea lagi untuk meraih undi rakyat sekarang. Kejadian-kejadian tersebut telah membuktikan Umno menghalalkan keganasan untuk mencapai impin tok kadok mereka.

Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mereka takuti, Kebangkitan Mahasiswa juga Umno/Bn geruni.

 Banyak negara telah membuktikan Student Power adalah satu kuasa yang cukup kuat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan. Disebabkan inilah pencacai Umno/Bn telah menyerang Roadshow Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di klang 12 Febuari lalu. Kejadian ini menyebabkan SMM dan BEBAS menanggung kerugian hampir RM1000.
   
Inikah kerajaan yang kita perlu pertahankan??? seharusnya tidak..sudah hampir 60 tahun mereka menipu kita, memijak kita, membuat kita bagaikan pengemis yang menagih duit kita sendiri (Duit Pembayar Cukai). Ayuh kita gulingkan kerajaan korup ini pada PRU ke 13. Biarkan Umno/Bn jatuh bersama Kroni-Kroninya ke lubang kehancuran. Ayuh kita bina kerajaan baru Pakatan Rakyat bebas dari gejala Korupsi.

INI HARUS JELAS
Kolumnis: Mulut Kecoh
 
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit