Pada kali ini, Mulut Kecoh mahu membawa para pembaca menilai sendiri pemimpin Umno yang mengatakan mereka bagus dan cuba memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Mulut Kecoh membawa anda semua ke ceramah Dato' Sri Anwar Ibrahim di Melaka
Ceramah umum ini diadakan pada tanggal 11 mac yang lalu di Pasir Puteh, Bachang, Melaka. Ini kerana di caramah berkenaan, Umno Melaka cuba untuk menggangu caramah umum tersebut dengan cara membuat juga ceramah di tempat yang sama. Ini adalah satu persaingan yang bagus pada mulanya.
Tetapi Pemimpin Umno Melaka ini cuba membuat satu provokasi yang memungkinkan tercetusnya satu pergaduhan antara dua parti politik. Ini kerana pemimpin berkenaan telah mengeluarkan kenyataan yang mencabar penyokong Pakatan Rakyat untuk bergaduh. Inikah yang diajar oleh konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Najib Razak.
Selain itu, pemimpin berkenaan turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kesat kepada Pemimpin Pakatan Rakyat sebagai contoh " Mak bapak aku ajar aku kurang ajar, mak bapak kau la yang ajar kau kurang ajar" dan mengatakan penyokong Pakatan Rakyat sebagai bahlol(Bodoh). Adakah ini yang dibentuk oleh Umno sekian lama. Cukup menyedihkan
Selain itu, pemimpin berkenaan juga telah menuduh Pakatan Rakyat tidak ingat kepada bangsa sendiri dan tanah air. Dia juga mengeluarkan kenyataan menggelar Pakatan Rakyat sebagai dajal. Sesuka hati dia menggelar orang lain dajal. Ini tidak dapat diterima oleh Mulut Kecoh apabila dia sesuka hati menggelar orang dengan gelaran dajal. Adakah pemimpin ini terlalu baik sehingga boleh menggelarkan orang lain dengan gelaran yang sangat buruk.
Inikah nilai didikan Ali Rustam untuk memerintah Melaka selepas PRU ke 13. Hentikanlah wahai pengundi negeri Melaka. Jika sesama pemimpin senang-senang dimaki hamun, inikan pula rakyat biasa. Masih terbuka pintu untuk mengubah Melaka menjadi Negeri dibawah Pakatan Rakyat. Ayuh kita sama-sama mengubah Melaka menjadi Negeri berkebajikan seperti Negeri bawah Pimpinan Pakatan Rakyat
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.