Hanya pandai menafikan, tapi tiada bukti yang diberikan untuk menyokong penafian.
Itulah yang terjadi akhir-akhir ini, sama seperti kes dimana Rosamah membelanjakan ratusan ribu ringgit seperti yang pernah dilaporkan oleh beberapa akhbar dan portal antarabangsa sebelum ini, Najib bangun menafikan, tapi tidak pernah mahu membuktikan.
Itulah yang terjadi akhir-akhir ini, sama seperti kes dimana Rosamah membelanjakan ratusan ribu ringgit seperti yang pernah dilaporkan oleh beberapa akhbar dan portal antarabangsa sebelum ini, Najib bangun menafikan, tapi tidak pernah mahu membuktikan.
Berhubung dakwaan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri itu yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka dibayar oleh pejabat perdana menteri, Jingga13 telah meminta penjelasan pihak hotel berkenaan untuk memberi jawapan yang jelas kepada rakyat.
Persoalan apakah duit rakyat digunakan dalam kes ini, gagal dijawab oleh Perdana Menteri, pejabat Perdana Menteri dan pihak pengurusan Hotel berkenaan. berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jingga 13
Persoalan apakah duit rakyat digunakan dalam kes ini, gagal dijawab oleh Perdana Menteri, pejabat Perdana Menteri dan pihak pengurusan Hotel berkenaan. berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jingga 13
JINGGA 13
Tarikh : 14 Mac 2011
DAKWAAN MAJLIS PERTUNANGAN ANAK GUNA WANG RAKYAT : PERDANA MENTERI, PEJABAT PERDANA MENTERI DAN SHANGRI-LA HOTEL GAGAL KEMUKAKAN BUKTI
JINGGA 13 pada 13 Mac 2012 , jam 12.50 tgh telah menghantar surat kepada Pengurus Besar Shangri-La bagi memohon pengesahan dan penjelasan terhadap 'Banquet Event Order' yang telah dikeluarkan oleh Shangri-La Hotel bertarikh 13 Jun 2011 berkaitan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri pada 17 Jun 2011 di Seri Perdana.
Kenyataan penafian Pejabat Perdana Menteri dan Shangri-La Hotel benar-benar dangkal dan dilihat bersekongkol dalam mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa sebarang bukti dikemukakan sebagai mengesahkan bahawa pembiayaian majlis pertunangan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri sendiri.
Kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang hampir setengah juta RM , berdasarkan kepada 'Banquet Event Order' tersebut dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri . Sekiranya dibiayai oleh peribadi maka sudah pasti dibilkan atas nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan dialamatkan di Pejabat Perdana Menteri.
JINGGA 13 yakin pihak Shangri-La Hotel mempunyai salinan sama ada cek atau salinan resit atas nama Datuk Seri Najib Tun Razak jika benar kos majlis pertunangan anak beliau dibiayai sendiri dan bukannya oleh dana awam . Kenapa pihak Shangri-La tidak sertakan penafian tersebut beserta bukti-bukti pembayaran oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ? Ada satu tanda tanya terhadap ketelusan, profesional dan kredibiliti Shangri-La Hotel yang tidak sepatutnya bersikap sedemikian sebagai sebuah hotel yang berprestij dan terkenal.
JINGGA 13 menyangkal kenyataan MP Kota Belud , kenapa 'Banquet Event Order' tersebut tidak dicatatkan nama individu yang membuat tempahan kerana segala tuntutan bayaran akan dibayar oleh individu tersebut. Walaupun di alamat ke pejabat tetapi sudah pasti tercatat atas nama individu. Dalam kes majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dibil dan atas akaun Pejabat Perdana Menteri oleh Shangri-la Hotel , sedangkan majlis tersebut adalah atas nama peribadi.
Sehingga saat ini , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus gagal memberikan sebarang penjelasan malah Pejabat Perdana Menteri juga turut tidak mampu membuktikan walau sekeping dokumen yang mengesahkan bahawa majlis pertunangan tersebut adalah dibiayai oleh Perdana Menteri sendiri bukan menggunakan wang rakyat.
JINGGA 13 juga akan mengemukan laporan baru kepada SPRM, daripada manakah sumber wang Datuk Seri Najib Tun Razak yang mampu berbelanja mewah hampir setengah juta RM membiayai kos majlis pertunangan anak perempuan beliau. Sekiranya ada mana-mana pihak yang menjadi penyumbang atau dibiayai oleh pihak lain , rakyat juga ingin mengetahui siapakah atau syarikat apakah yang sanggup membelanjakan kos sedemikian rupa.
Rakyat sedang menunggu segala bukti dan kenyataan penafian sama ada oleh Pejabat Perdana Menteri atau Shangri-La Hotel adalah tidak memadai serta tidak boleh diterima pakai tanpa dibuktikan sepenuh segala dokumen sebelum ini. Tapi malangnya tidak ada satu bukti pun ditunjukkan untuk mampu meredakan kemarahan rakyat terhadap isu tersebut .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSAKetua Koordinator JINGGA 13
Najib sepatutnya tidak hanya menafikan, berikan bukti yang jelas bahawa wang negara iaitu wang rakyat tidak diselewengkan, sudah banyak kali isu pembaziran dibawakan, sehingga kini, tiada satu pun penafiaan disertakan dengan bukti yang memuaskan.
Menantu Najib dapat sedap, rakyat dapat susah. lepas ini slogan "Rakyat didahulukan, pencapaiaan diutamakan" boleh ganti dengan "Rosmah diutamakan, Pencacai Umno diperbodohkan"
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.