Doa minum air;
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov pada 22 September lalu telah memindahkan bekas minuman yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke Chechnya. Usia bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14 kurun yang menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya upaya memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya
Setibanya di lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan kemudian dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan diringi kereta-kereta mewah.
Presiden Ramazan Kadirov telah diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis Ulama Chechnya dalam upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov.
Sejarah bekas minuman berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang keturunan Nabi SAW sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang panjang ia tersimpan di London.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov memuliakan bekas minuman itu sebagai memuliakan kedudukan Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga disebut sebagai tabarruk (mengambil keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan lain-lainnya.
Keterangannya adalah seperti berikut:
Keterangannya adalah seperti berikut:
Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi.
(Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)
Dua negara, dua pemimpin, beza antara Presiden Ramazan Kadirov dan NajibRazak sebagai Perdana Menteri Malaysia?, Presiden Ramazan Kadirov menangis teresak-esak bila mencium bekas minuman Nabi.
Beliau begitu mengharapkan "tabbaruk" dari bekas minum Nabi,bagaimana pula dengan Najib, dia cuma mempamirkan "keislamannya" bila bercakap bab Wasatiah (berserderhana) tapi dalam masa yang sama isterinyanya terkenal dengan sifat boros, dan terbaru menghabiskan hampir RM500 Ribu hanya untuk majlis pertunangan anaknya disebuah hotel terkemuka, sudah jelas Najib cuma bercakap, tapi tidak pernah mahu cuba melakukannya.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.