Helah Sharizat tak berapa menjadi, dan sentiasa takkan jadi. Benarlah Sharizat pegi Umrah, bukan sekali, tapi berkali-kali sepanjang kes NFC ini menjadi hangat, apakah iklas niatnya mahu beribadat?, atau mahu memulihkan imejnya yang rosak teruk?, jika ya mahu beribadat, mengapa balik masih tidak pakai tudung dengan betul?,
Bukan apa, niat nak pegi Umrah biarlah kerana ALLAH, bukan kerana selepas dilanda dengan pelbagai Skandal, cuba menarik hati rakyat kononnya mereka suci, dan patuh pada ajaran Islam, perbuatan itu takkan boleh menutup "bangkai gajah"
Bukan apa, niat nak pegi Umrah biarlah kerana ALLAH, bukan kerana selepas dilanda dengan pelbagai Skandal, cuba menarik hati rakyat kononnya mereka suci, dan patuh pada ajaran Islam, perbuatan itu takkan boleh menutup "bangkai gajah"
Kemudian Sharizat yang terselak-selak lengan bajunya dalam Persidangan wanita umnoapco itu tiba-tiba membuat satu penguguman gempar mahu lepaskan jawatannya sebagai menteri.
Maka tersorak-soraklah penyokong tegar umno, kata mereka Sharizat ini berhati suci, kerana itu dia lepas jawatannya, ia satu pengorbanan besar katanya, sehingga TPM sendiri pun terkeliru dibuatnya.
Sehinggakan Muhyiddin Yassin memuji -muji Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Tapi, tiba-tiba pembohongan Sharizat dan Umnoapco terbongkar, kali ini Rafidah Aziz bangun dan membidas Shahrizat Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Kata Rafidah Aziz tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail .
Jelas, permainan Umnoapco yang watak utamanya Sharizat bukan sahaja mampu memperdaya ramai penyokong tegar Umnoapco yang tak berapa bijak berfikir, malah TPM pun terpedaya, kah..kah..kah.
Umnoapco masih mahu menipu rakyat dalam saat-saat akhir, sehingga mereka tidak mampu membezakan "meletakkan jawatan" atau maksud "tamat tempuh perkhidmatan"., umno pun sama sahaja, lu cantas gua, gua cantas lu balik, sebab itu Rafidah Aziz bagi Sharizat tunduk malu kali ni.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.