Umno Kalah lepas PRU13, (Bahagian I)

| comments

Kalau kita pernah membaca buku teori domino, kita diberikan hujah-hujah bahawa umnoapco BN akan tumbang dan tidak lagi berkuasa selepas PRU13 nanti, dan melihat kepada lanskap politik tanah air kini, jelas perkara tersebut akan jadi kenyataan.
Persoalan demi persoalan mula timbul, apa yang akan terjadi selepas itu?. yang pasti apa pun jika Pakatan memerintah selepas PRU13 nanti, Harga minyak akan diturunkan, dan beberapa program 100 hari yang mahu dilaksanakan demi rakyat akan juga dibuat secara berperingkat.

Untuk mengatakan itu cuma retorik, ia bukan sekadar omongan kosong, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan rakyat dalam tempoh 4 tahun ini sudah pun membuktikannya, kita lihat bagaimana negeri Selangor, Pulau Pinang dan kedah khasnya telah menunjukkan prestasi terbaik dari urus tadbir ekonominya, disamping dalam masa yang sama berkongsikan hasil negeri bersama rakyat.

Kerajaan selangor khasnya, bolehlah kita jadikan sandaran dalam proses petukaran tampuk pemerintahan, kita lihat bagaimana kerajaan yang kini dipimpin oleh Pakatan rakyat berhasil membuktikan mereka lebih cekap dalam mentadbir hasil negeri, pendapatan digandakan, kewangan negeri diperkukuhkan, dan dalam masa yang sama rakyat diberi manafaat melalui pemberian air percuma, skim mesra usia emas, Tawas, tabung anak selangor dan banyak lagi skim untuk rakyat negeri.

Bagaimana hasil negeri boleh naik, simpanan kerajaan negeri bertambah kukuh dan dalam masa sama wang dibelanjakan untuk rakyat negeri tersebut?

Jawapannya mudah, kerana kerajaan pakatan rakyat lebih telus dan berhemah berbelanja, dan paling penting, hasil negeri tidak disapu oleh pemimpin-pemimpin.

Sila klik sini

Persoalan utama yang timbul ialah bila Umnoapco kalah selepas PRU13 nanti, siapa yang akan menjadi ketua pembangkang di parlimen bagi mewakili Barisan Nasional?, apakah najib masih akan berada di malaysia atau akan melarian diri ke luar negara, atau apakah najib akan diheret pula ke mahkamah bagi menghadapi beberapa pertuduhan atas salah guna kuasa ketika menjadi menteri?

Bagaimana dengan beberapa menteri lain?, apakah mereka masih akan tinggal dalam negara ini, atau sudah siap sedia mengumpul eset di luar negara?, lantas jika umnoapco yang menerajui BN kalah pada PRU13 nanti mereka akan lari meninggalkan rakyat bersama kekayaan yang telah mereka rompak dari rakyat?


Kita ambil contoh mudah, salahlaku dalam kes NFC membongkar bagaimana keluarga menteri tersebut sudah pun bersiap sedia membeli beberapa buah kediaman mewah di luar negara, untuk apa tujuan kediaman itu dibeli?

Banyak persoalan yang perlu dirungkaikan, ia akan tetap menjadi misteri, cerita ini akan menjadi menarik, tunggu episod demi episod yang akan cuba merungkai persoalan demi persoalan.

Jika Umnoapco kalah, Pemimpin umno yang korup akan gelabah.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit