Persidangan Wanita Umno sekali lagi mencoretkan satu kelucuan apabila Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengalihkan isu skandal lembu NFC dengan mencabar Wanita Keadilan memaksa Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk meletakkan jawatan atas skandal fitnah yang melibatkan suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin Keadilan kerana memainkan skandal lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan skandal lembu itu, dan tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita Umno di sini hari ini. Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.
Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”
“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan" kata Shahrizat Jalil sambil disokong oleh gerombolan makcik-makcik Wanita Umno.
Persoalannya, sebagai Ahli Parlimen yang dilantik, Zuraidah Kamaruddin mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan skandal lembu berkaitan wang rakyat, dan sebagai Menteri Senator yang dilantik dari ehsan Umno, beliau harus menjawab tuduhan itu berdasarkan fakta dan bukannya emosi.
Tindakan Shahrizat untuk mengalihkan skandal lembu itu kepada hal yang tidak berkaitan, khabarnya membuatkan pimpinan tertinggi Umno semakin berang dan tidak senang duduk. Ini adalah kerana buat kali pertama dalam sejarah Perhimpunan Agung Wanita Umno, persidangan itu terpaksa dibuka dengan mempertahankan diri dari skandal lembu dan penyelewengan.
Yang pasti, jawapan Shahrizat ini tidak menyelesaikan masalah yang berbangkit malah mengeruhkan lagi keadaan dan menyukarkan Wanita Umno untuk berdepan dengan rakyat terutama wanita menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Hal ini pastilah menambah kerunsingan Najib Razak untuk mengatur strategi baru memandangkan sayap Wanitanya sedang bercelaru.
Serentak dengan itu, hari ini 30 November 2011 bersamaan hari Rabu, Yb Zuraidah kamaruddin, Yb Saifuddin Nasution dan Sdr Rafizi Ramli akan menjawab serangan Umno dalam isu NFC ini serta mendedahkan beberapa bukti baru skandal lembu di peringkat tertinggi NFC. Sidang media ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.