Sudahlah bila pakatan rakyat mahu tuntut hak sekumpulan kaum india yang tidak lahir di negara ini tapi dinafikan hak mereka sebagai warganegara diganggu samseng MIC, Kegigihan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyalurkan kemudahan insfrastruktur di Kampung Sri Aman Coalfield diuji lagi apabila beberapa pemimpin BN Kuala Selangor makin giat menghasut penduduk kampung berkenaan agar tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri.
Demikian menurut Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor, Thiru Moorthy ketika mengulas percubaan beberapa pemimpin BN daripada MIC untuk menghasut penduduk kampung berkenaan isu hak milik tanah di kampung itu.
“Nampaknya beberapa orang ini memang berusaha hasut penduduk kampung agar menolak rancangan pembangunan di kampung ini yang mahu dibawa oleh Kerajaan Negeri,” kata Thiru.
Menurut Thiru, masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam isu ini berpunca dari tindakan pemimpin BN sendiri ketika berkuasa.
“Masalah pemilikan tanah ini berpunca dari BN juga kerana merekalah yang menghalau penduduk kampung pada tahun 2000 apabila menyerahkan tanah kampung itu kepada West Mines Sdn Bhd untuk dimajukan, tiba-tiba sekarang nak jadi hero konon membela penduduk kampung.
“Mengapa BN 20, 30 tahun lalu ketika berkuasa mereka tidak memberi hak milik kepada penduduk, tetapi mereka halau penduduk dan serahkan tanah itu kepada West Mines Sdn Bhd,” beritahu Thiru kepada Selangor Kini.
Thiru berkata, BN telah menjadikan isu ini sebagai modal memancing undi setiap kali menjelang pilihan raya sebelum ini.
“Sudahlah begitu, tiap kali ada pilihan raya, masyarakat kampung ini akan dijanjikan diberi semula tanah dan geran termasuklah ketika musim Pilihan Raya Umum (PRU) ke 11 pada 2004 lalu, tetapi tidak ditunaikan.
“Lepas itu, sekali lagi dalam pilihan raya kecil tahun 2007, Parthiban (Ketua MIC Kuala selangor) dan Datuk Seri Samy Velu datang lagi ke kampung ini menabur janji sama juga BN menang dalam pilihan raya kecil itu.
“Dalam PRU-12 2008 lalu pun macam itu juga, tetapi masyarakat kampung sudah pandai, tak termakan janji mereka lagi.
“Malah pada masa itu mereka memberikan surat tawaran yang tidak laku kerana tidak memiliki nombor lot dan saiz keluasan, hanya cuba memperbodohkan penduduk kampung,” ujar beliau kepada Selangor Kini.
Ketika itu, berbekalkan surat tawaran tersebut, beberapa penduduk pergi ke Pejabat Tanah Kuala Selangor untuk membayar premium tanah tetapi telah ditolak kerana surat tawaran tersebut tidak memiliki nombor lot dan keluasan tanah.
Kalau dah sama specis dengn Umno ni senang je, jangan percaya la apa pun yang diorang buat, tak kira la umno ke, MIC ke, MCA ke. nama je BN kita pakat kuburkan, Selamat tinggal BN,.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.