Jika sebelum ni "tukanglawan" kongsikan secara ekslusif beberapa keping gambar DSAI turun sendiri menyaksikan perlumbaan motosikal negeri Selangor (sila Klik sini untuk tengok artikel berkenaan) , kali ini "tukanglawan" nak kongsikan pula video pada hari tersebut.
Jom tonton video dibawah.
Ok, kita semua tak berapa tahu kan kerajaan negeri Selangor menganjurkan perlumbaan seperti ini.
Yelah, sebagai sebuah negera yang mengamalkan Demokrasi dan kebebasan, umno semestinya tidak mahu mana-mana stesen TV dan Radio menpromosikan sukan tajaan kerajaan negeri pakatan ini.
Kuala Lumpur dan selangor sendiri ada banyak bakat-bakat terpendam, semenjak litar batu 3 dirobohkan oleh puak-puak umno, mana ada lagi tempat untuk anak-anak muda mengasah bakat dan menjalankan aktiviti sukan secara selamat.
Budak-budak merempit, jangan salahkan diorang aje, kesian diorang nei sebab selalu jadi mangsa keadaan, media massa dok canang mereka ni masalah negara padahal apa yang diorang buat untuk bantu budak-budak ni, diorang bantu letak polis je la kot, biar boleh saman banyak-banyak.
Negara ini negara menghukum, tapi cara menyelesaikannya mana?. jangan lumba haram, salah, tapi litar yang sah mana?. ada pun dulu dok kene runtuh dek puak umno.
Semua yang main motor dan kereta dulu mesti ingat litar batu 3 Shah Alam, kita pun tahu zaman sapa litar tu kene roboh.
So, Sebagai pemimpin yang cakna masalah rakyat, masalah remaja, jadi DSAI sendiri telah turun menyaksikan perlumbaan anjuran negeri selangor, bila dah turun dah tahu bakat-bakat besar ramai walaupun diorang ni kecik-kecik je, jadi kita harap bila DSAI dah jadi PM ganti najib nanti adalah usaha bantu budak-budak yang minat motor ni.
Amacam, lepas ni selangor Motor Race jom join, kalau tak mampu pun, kita datang ramai-ramai, datang tengok tak kene tiket pun, free kerajaan Selangor bagi, matlamatnya untuk beri tempat buat generasi muda kita.
Sesuatu yang dah kene rampas dari Umno.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.