Berikutan peristiwa Adam Adli ditumbuk ketika mempertahankan rumah rakyat dia kerinci pagi tadi, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), mengeluarkan kenyataan media terhadap apa yang berlaku, Muhammad Safwan b. Anang @ Talib yang pernah menggegarkan negara apabila parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital dalam kejadian UPSI berdarah pada 1 januari lalu mengeluarkan kenyataan berikut.
1. SMM kesal dengan kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi. Ini menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang berkepentingan.
Gambar Adam Adli yang telah ditumbuk.
2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa mengandungi unsur muslihat. Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh pemindahan. Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.
3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara? Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.
4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka. Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah digugurkan daripada rekod. Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
5. Saya dan beberapa rakan dari SMM yang turut turun ke Kampung Kerinchi merasai kesedihan yang dirasakan oleh penduduk yang mempertahankan tanah mereka. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung semenjak 50 tahun rejim zalim memerintah tanpa perikemanusiaan.
6. SMM menggesa semua rakyat Malaysia membuka mata melihat sendiri kesan pemerintahan rejim ini kepada rakyat. Rakyat Malaysia kini terbuang di tanah sendiri.
7. SMM tegas berpendirian ini masanya kita merubah kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Kami turut menyeru semua rakyat untuk turut bersama bersolidariti pada 14 April ini dalam himpunan Mansuh PTPTN setelah melihat penderitaan anak muda yang dibebani hutang pinjaman PTPTN.
*Kenyataan media oleh Muhammad Safwan b. Anang @ Talib (gambar kanan) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Baca kisah Adam Ditumbuk disini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.