Semalam , rakan-rakan di fb dan twitter dikongsikan dengan pesanan supaya turun beri sokongan kepada beberapa keluarga yang masih menetap pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur, ini berikut tindakan PBT yang mahu merobohkan tempat berlindung mereka,
Namun rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.
Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.
Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, tindakan menurunkan bendera gambar najib di PWTC satu ketika dulu dilihat lebih hina dari menurunkan "Bendera Malaysia" oleh penyokong-penyokong umno, malah najib dilihat sangat suci, walaupun terpalit banyak skandal hebat. sejak itu Adam telah diugut dan cuba dikasari banyak kali.
Apakah kemungkinan kali ini Adam Adli ditumbuk oleh penyokong tegar umno yang berdendam kepadanya.
Adam yang hadir untuk memberi sokongan dengan niat mempertahankan kepentingan rakyat bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari telah ditumbuk tanpa sebab dan kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.
Adam ketika dihubungimengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.
Nah, lihatlah betapa jahat permainan "kotor" sesetengah pihak, jika dia adalah ancaman bagi mereka dia akan diperlakukan dengan kasar, sedangkan niatnya mahu menjaga dan membela kepentingan rakyat, jika anda ada anak, anda mahu dia jadi seperti adam yang bangun memperjuang nasib rakan-rakan dan kepentingan rakyat tanpa rasa takut, atau menjadi ulat buku yang tunduk dan akur sehingga jadi bodoh dan tidak peduli tentang nasib rakyat.
Pilihlah, ini zaman kebangkitan anak muda.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.