Serangan Samseng Kepada Anwar - PKR Johor Keluar Kenyataan Media

| comments


Sebelum ini telah "tukanglawan" kongsikan kepada semua berkenaan peristiwa dimana kenderaan yang membawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim telah dikerumuni oleh penyokong-penyokong umno di Johor. (baca sini)
Dalam kejadian itu kenderaan itu telah dirosakkan, lebih malang ialah bila umno menuduh ia sengaja dilakukan untuk menarik perhatian masyarakat. jika dilihat kepada beberapa kejadian terdahulu, jelas ada usaha "sabotaj" yang dilakukan untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim (baca sini). malahan ada saksi di tempat kejadian yang mengesahkan sendiri kejadian ini dilakukan penyokong umno.

Berikutan insiden "samseng" upahan diarah untuk melakukan serangan terus dilakukan terhadap kenderaan yang membawa Anwar di Johor baru - baru ini, Ketua Penerangan parti Keadilan Negeri Johor telah mengeluarkan kenyataan yang juga disebarkan melaluai laman facebook.


Kenyataan media tersebut adalah seperti mana dibawah.


KEADILAN NEGERI JOHOR memandang berat dan mengutuk kejadian ganas yang berlaku dalam Program Penerangan Negeri anjuran Cabang Semberong malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

Lebih 4,000 orang telah membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong (di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang) untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin Parti peringkat Negeri dan Pusat – Anwar Ibrahim, Syed Hamid Ali, YB Manikavasagam (Parlimen Kapar), YB Ng Lam Wah (ADUN Mengkibul) dan Hassan Karim (Naib Pengerusi Keadilan Johor).

Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara.

Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren. Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai.

Ketika rombongan Dato Seri Anwar Ibrahim sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30, suasana menjadi semakin ribut. Beliau dan rombongannya diserebu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibalingi kayu; bendera Keadilan dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek.

Dari peristiwa tersebut, kami menuntut supaya:

• pihak polis merasa bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional;
• Hishammudin Tun Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan Ahli Parlimen di situ merasa bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.


Satu Pihak yang merasakan mereka semakin terancam sekarang bermain politik kotor lagi hina, jika tidak dibendung, budaya politik kotor itu akan merosakkan negara ini, anak-anak muda diajak melakukan kekecohan dan keganasan, masih ingat lagi insiden ibu pejabat PKR di serang oleh kumpulan yang menggelar diri mereka Patriot?,

Apakah tindakan yang diambil kepada mereka walaupun laporan telah dibuat?. nampaknya "tangan-tangan ghaib" cuba bermain silapmata, penguasa sekarang dijadikan "setanbisu" untuk menyembunyikan kesalahan mereka.

Fikir-fikirkan lah, apa yang harus anda lakukan.

Baca lagi
1-Lagi Kes Samseng, Kereta Anwar Kene Pecah
2- Video Ceramah Anwar DI Johor Diganggu Gengster


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit