Kali ini memang najib akan demam dan terus kekejangan, senjata yang digunakan untuk cuba memburuk-burukkan Anwar sudah makan diri, Najib sekarang sudah tersepit, mungkin nak sebut nama Anwar pun Najib sudah rasa cemas, apalagi jika dengar perkataan "debat" sudah pasti najib akan terus demam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai isu Palestin- Israel, ini bukan main-main lagi. ini betul-betul satu cabaran dari Anwar, Najib pula jangan asyik mengelak, jangan la jadi perdana menteri yang pengecut.
Najib yang sebelum ini di Johor pernah dengan "angkuh" berkata, "jika anwar berdebat dengannya pasti Anwar akan demam" namun sehingga hari ini dengan pelbagai desakan dari banyak pihak, Najib terus mendiamkan diri. (baca sini)
Najib hanya berani bercakap, tapi terlalu takut untuk berhadapan dengan Anwar, sedangkan Anwar dengan terbuka berkata dia sanggup beri kelebihan buat Najib jika mereka berdebat (baca sini)
Menurut Anwar debat ini perlu bagi menjelaskan perkara sebenar ekoran pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak mutakhir ini.
“Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang tu milik siapa?,” (baca sini) Soal Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.
Pimpinan kerajaan Umnoapco-Barisan Nasional (BN) termasuk Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berulangkali menafikan pembabitan mereka dengan Israel, walaupun bukti kukuh dibawakan.
“Orang ini melalak, menjerit tapi nak berdepan tak berani malah Muhyiddin, Hishammuddin (Hussein) pun. Kita telah dedahkan dokumen, penglibatan kapal dan segala kelengkapan Israel yang berdagang di Malaysia.
Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan jika betul kita debat soal Palestin,” kata Anwar lagi
Sebelum ini Umnoapco dengan sengaja cuba melaga-lagakan hubungan Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan mensensasikan kenyataan bahawa beliau menyokong usaha bagi memastikan keselamatan Israel.
Anwar menegaskan isu Palestin-Israel adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.
“Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis? Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel),” tegas beliau.
Ahhh.. umnoapco jangan berselindung disebalik TV3( baca sini AIC hantar memorandum pada media prima) dan Utusan lagi, segala rahisa kejahatan Umnoapco dah terbongkar, tak perlu lah menuduh orang untuk tutup jahat sendiri.
Najib kalau anak jantan cepat la terima cabaran Anwar, dah lama sangat rakyat tunggu. takkan nak tunggu Umnoapco kalah baru nak berdebat. takkan Najib berani hanya setakat minum kopi dengan Anwar je. (baca sini)
Penakut rupanya, cakap bukan main, sekarang yang demam bukan Anwar, tapi Najib
Baca Lagi
1- Panas!!! Lebih Banyak Kontena Israel Akan Masuk Malaysia
2- Mahathir Hipokrit, Ada Hubungan Dengan Yahudi?
3-Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno
4-Jingga 13 dan Pemuda Pas Demo Bantah Kapal Israel
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.