Video Ceramah Anwar DI Johor Diganggu Gengster

| comments

Jika sebelum ini "tukanglawan" kongsikan cerita bagaimana kenderaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diserang oleh sekumpulan samseng "taik kucing" selepas satu ceramah di kawasan Parlimen Sembrong,Johor semalam. (baca sini)

Ini bukan kali pertama kejadian ganas dan cubaan mencederakan berlaku, jika sebelum ini "tukanglawan bawakan kisah samseng "taik kucing" yang diupah itu menimbulkan kekacauan di jalan kebun dan di kelang, kita jangan lupa bila pengawal peribadi presiden PKR disuntik dengan dadah dalam satu kejadian beberapa minggu sudah. (baca sini)

Kita juga jangan lupa ensiden letupan 3 bom yang tercetus semasa pembacaan keputusan fitnah liwat II pada 9 januari lepas, nampaknya budaya politik sebegini semakin menjadi-jadi.

Kali ini "tukanglawan" bawakan pula Video apa yang terjadi sebenarnya pada hari kejadian tersebut.

Mari Saksikan


Apa pendapat anda setelah melihat sendiri apa yang terjadi pada malam berkenaan, tindakan samseng upahan itu nyata adalah bukti rejim Umnoapco harus ditumbangkan segera,

Video tersebut dirakamkan sendiri oleh saksi kejadian pada malam tersebut, dan kemudiannya telah dimuatnaik kelaman youtube. apa yang menarik ialah komen yang diberikan oleh individu tersebut, beliau menulis sebagaimana yang berikut.

aku takla obses berpolitik tp mlm nie aku nk bgtaw.aku malu kalau aku nie UMNO.aku rse hina kalo aku nie mat rempit UMNO kluang.. aku rase bodo kalau aku pcye sume berita dan akhbar yg sahih katenyer.kenape,mata dan kamera aku mnjadi bukti org2 tua di baling batu,telor,direjam lembing bendera,dibaling mercun bola sebab provoke mereka tak dilayan.respect kt pmbngkang sbb dh kne mcm2 pon dieorg tak balas blk.alhamdulillah.harapnye korg balik rumah tgk kpale atau kaki mak bapak kau yg bdarah..korg sndri yg baling.. adakah ini dikatakan pendekar melayu?

Individu yang menggelarkan dirinya MrLuciferssss's itu mengikut pengalaman "tukanglawan" memang benar bukan seorang yang obses tentang politik, ini dapat dilihat dari account youtubenya yang tidak memuat naik video berkaitan isu politik, video yang diatas adalah satu-satunya video yang bersifat politik.

Ini menunjukkan beliau memang berniat mahu mendedahkan apa yang terjadi supaya orang ramai melihat sendiri kerja-kerja jahat dan terdesak rejim Umnoapco dan menilai serta mempertimbangkan sendiri apa yang harus di lakukan.

Politik liar dan kotor sudah bermula, sedarlah kesabaran ada hadnya. jangan sampai terjadi sesuatu yang kita sendiri tidak mahu, selamatkan anak-anak muda dari Umnoapco durjana.

Baca Lagi Artikel berkaitan

1-  Lagi Kes Samseng, Kereta Anwar Kene Pecah
2-  Serangan Samseng Kepada Anwar - PKR Johor Keluar Kenyataan Media

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit