Lagi Kes Samseng, Kereta Anwar Kene Pecah

| comments


Kesamsengan umnoapco nei semakain menjadi-jadi, bermula dari serangan budak-budak tadika di jalan kebun tempoh hari (baca sini) , melarat pula ke klang (baca sini), sekarang mereka makin berani bila menyerang sendiri ketua pembangkang, kenapa itu terjadi?
Karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman menjadikan pihak tertentu bimbang, lalu sebilangan samseng upahan Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.
Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.
Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak  melontar kata-kata kesat.
Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.
Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. (baca sini)
Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta  ‘dipecahkan sendiri’.
Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.
Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.
Nampaknya budaya politik kotor dan ganas telah  dimulakan, kenapa jadi begitu, kenapa takut benar umnoapco sekarang ini, ini politik cara tak bertamadun, memang umno sendiri sudah sedar mereka akan kalah tidak lama lagi. kerana itu mereka lakukan apa saja. termasuk jadi gangster "taik" kucing.
Baca lagi
1- Serangan Samseng Kepada Anwar - PKR Johor Keluar Kenyataan Media
2- Video Ceramah Anwar DI Johor Diganggu Gengster
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit