Budaya Samseng Serang Ceramah Makin Parah

| comments

"Tukanglawan" pernah siarkan dua - tiga cerita perihal budaya samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini (baca sini) , dan semua serangan samseng (taik kucing)  itu ditujukan kepada Pakatan Rakyat, atau pihak yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan.

Persoalannya bukan setakat siapa yang jadi samseng (taik kucing) itu, tapi siapa kepalanya?

Kebiasaannya kekacauan yang ditimbulkan ini dirancang, ada ketua dan balaci-balacinya. yang bodoh ialah balaci, kerana akhirnya balaci yang akan ditangkap dan ketua duduk senang lenang tak peduli nasib balaci-balacinya, kalau mahu berfikirlah.

Dan yang lebih malang sekali ialah, yang jadi balaci-balaci ini remaja-remaja melayu (baru nak naik) belum kenal sangat dunia dah berlagak kuat, bangang namanya tu, dari jadi balaci dan pegang title gangster (taik kucing) lebih elok jadi budak jual burger, rezeki halal dan beri manafaat pada orang lain.

Semalam, satu lagi ceramah, kali ini mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi yang dicadangkan di Kampung Idaman, Klang.

Cerita hampir sama seperti yang berlau di jalan kebun tempoh hari, Ingat tak? (baca sini)

Remaja mana tu, "tukanglawan" rasa budak-budak upahan 10-20 ringgit agaknya, jenis budakx2 menyusahkan mak bapak, jenis malas belajar dan lulus SPM cukup - cukup makan, berkawan pula dengan abang-abang jenis pandai bercakap , belanja roti canai sekeping dua, lalu  dah ada balaci terdiri dari budak-budak tak berapa bijak.

Yang bodohnya remaja tak bijak tu, yang bijak ketuanya yang perguna orang lain jadi sakai.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata "samseng" berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula.

"Mereka juga mengepung lokasi itu dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang," katanya.

Hah, kalau dah pecah-pecah kerusi ni, memang budak bermasalah la gamaknya, jenis liar, kene marah dengan mak bapak, habis barang di rumah dipecahkan, takkan tak tahu budak-budak jenis apa tu, kalau nak harap mereka ni jaga negara, alamat hancur negara ni.

Bukan sikit samseng-samseng (taik kucing) tu, dekat-dekat 70 orang jugalah diupah oleh ketua mereka yang tak tahu siapa, menurut Ahmad Syukri, kerana diganggu, mereka telah ke balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori mereka dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka.

"Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan,"kata Ahmad Syukri lagi.

Hai, pelik pula "tukanglawan" polis pun di upah jugak ke, lebih 4 jam mereka dikepung, bukan di kepung di balai bomba, tapi di balai polis, mengapa polis tidak menyuraikan kumpulan taik kucing itu, bukankah mereka boleh membahayakan  mahasiswa-mahasiswa berkenaan?. polis buat apa?, tengok aja? pelik tak?

Kalau la orang-orang pakatan berkumpul depan balai kerana nak beri sokongan moral pada kawan yang ditangkap pakai baju bersih, siap panggil FRU lagi ye, kalau beri sokongan semangat buat rakan mahasiswa di balai Tanjung Malim, polis siap tutup pagar balai dan pindahkan tahanan ke balai lain gamaknya, padahal tak ada sapa pun nak pukul orang dalam balai.

Tapi kes ini unik sikit, polis jenis penakut dengan gangster taik kucing, sampai polis pun tak boleh halau. apa nei, nasib penduduk kampung datang bantu menyelamatkan kumpulan mahasiswa yang dikepung tu. sapa ketua balai yg tak mampu bertindak tu?.

Budaya dah jadi teruk nampaknya, berapa banyak ceramah tak diganggu?. kalau dulu rejim umnoapco guna polis untuk halang ceramah sehingga polis dikecam akibat "tangan-tangan Ghaib yang buat polis macam "balaci" diorang" sekarang kerana agak bimbang rakyat akan bising lagi, Umnoapco jadi lagi bodoh,

Kenapa bodoh?, Kerana politik tak bermaruah umnoapco yang tak habis-habis dengan fitnah lucahnya itu, budaya menipu, rasuah dan terbaru guna samseng buat lagi cepat putus urat tengkuk parti melayu perkauman itu. rakyat bukan bodoh. rakyat ini menilai.

Tak kisahlah, Umno memang tak bijak, itu semua orang tahu, cuma satu soalan yang "tukanglawan" nak tanya.

Kalau dari 70 orang budak tu ada adik anda, buat kerja bodoh sebab upah 10-20 ringgit, apa anda akan buat, nak dilempang ke di pijak?, sekolah malas, hidup menyusahkan mak bapak, dan sekarang sudah belajar jadi samseng, kalau tak dibendung, tak lama lagi jadi perompak la tu.







Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit