Semakin kerap pula puak-puak penyokong umno dan Barisan Nasioanl melakukan kekacauan sekarang ini , selang beberapa hari, Perkasa ( penyokong tegar Umno ) melakukan kekacauan dikedah ( lihat sini ) semua gara-gara mereka sudah sedar mereka kini sudah di hujung hayat, terdesak untuk terus berkuasa, mereka ini diarahkan untuk membuat kekacauan, tujuannya menakutkan orang ramai.
Video dibawah diambil di melaka, pada satu majlis perasmian bilik gerakan DUN Klebang, mereka datang memasang bendera dihadapan bendera- bendera pakatan rakyat dan kemudian telah merosakkan beberapa bendera disana.
lihat video dibawah.
Fikirkan sejenak mengapa harus jadi begini, kenapakah puak-puak samseng ini menjadi ganas dan menyusahkan orang, mereka tidak akan melakukan perkara tersebut jika tidak mendapat arahan.
Kepada samseng-samseng inikah seharusnya mandat mentadbir diberikan, jika kita lihat mereka tidak ubah seperti "penyangak kampung yang tidak bijak" juga boleh disebut "gangster kampung yang bodoh", dimana pemimpin mereka, mengapa tidak menghalang perkara yang memalukan ini dari terjadi.
Atau Pemimpin mereka yang sengaja memberi arahan supaya kekacauan dilakukan.
Pernah kah ada sebelum ini, penyokong pakatan rakyat datang dan membuat kacau majlis - majlis ceramah Barisan Nasional?, mengapa penyokong tegar umno lakukan perkara yang tidak dilakukan oleh penyokong pakatan. jika mereka ini betul dan benar mengapa tidak bertarung di gelanggang sama rata, tidak membahaskan isu rakyat dengan cara yang betul.
Mengapa mereka ini mengganas?
Mengapa mereka ini mengganas?
Disini dapat kita lihat siapa ada otak dan siapa tidak ada otak. maka anda pilih sendiri, cara mana negara ini mahu ditadbir, apakah mahu terus diperintah oleh gangster?.
Buat penyokong Umno, inikah cara anda?, apa ada kebaikan dengan apa yang anda buat itu?, dan tidak kah anda merasa malu mengganas seperti ini?.
Apa pun caranya , UMNO mesti ditumbangkan secepat mungkin. ini untuk kebaikan dan masa depan negara.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.