Bas Terbabas Di Jalan Tun Sambathan, 8 Cedera

| comments

Lapan penumpang bas komersil cedera ringan setelah kenderaan yang mereka naiki itu hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, Sabtu.

Bas Sri Indah yang dalam perjalanan dari Kajang ke Pasar Seni di sini dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi sebelum melanggar tiang lampu isyarat dan konkrit jejambat berdekatan.

Impak kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk dan lapan penumpang, lima wanita dan tiga lelaki cedera ringan.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama hari ini berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 8.15 pagi dan segera berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas.

Katanya pemandu bas berkenaan yang berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lapan penumpang yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - BERNAMA

Hai, Hati - hatilah pemandu Bas, rata-rata penumpang bas itu adalah pengguna kenderaan awam yang bukan kaya, tak mampu beli kereta pun, bukan macam keluarga pemimpin pakai kereta mewah, ada insuran juta-juta. ada juga penumpang itu ketua keluarga, atau pencari rezeki utama untuk keluarga. bukan bisnesman, jika mereka dirawat terlalu lama, mungkin terganggu punca rezeki mereka.

Sayangi nyawa mereka, itu tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit