Lagi Serangan Umno Di Ceramah Pakatan

| comments

Baru tadi malam "tukanglawan" kongsikan satu artikel hebat yang ditulis oleh Dr. Afif Bahardin yang menceritakan keterdesakan umno untuk terus berkuasa, jelaslah umno kini sebuah Parti Gasar, parti yang sudah tersimpang jauh dari asal perjuangan. (baca sini)

Keterdesakkan itu telah ditunjukkan dengan menjadikan umno itu sendiri sebuah parti yang ganas, umno kini sebuah parti samseng.

Buktinya jelas, bila malam tadi ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam diganggu dan diserang gerombolan umno.

Gerombolan itu yang juga disertai kana-kanak yang sepatutnya tidur awal untuk bersekolah keesokkanya telah diupah memakai baju Umno dan Jati membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan ‘tibai’ dan ‘liwat’, malah kain rentang yang tertulis “PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami” juga dikibar.

Walupun diganggu ketika berucap, Nurul Izzah meminta supaya hadirin yang hadir bertenang dan tidak takut, “Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

“Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian,
” tegas Izzah.

Maka benarlah umno memang harus ditumbangkan segera, bagaimana pemimpin parti gasar itu mahu menjaga negara jika mereka gagal mengawal tindak tanduk ahli parti mereka sendiri?

Terdahulu,ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

Parti gasar umno kini terus giat menakut-nakutkan rakyat dengan membuat onar dalam majlis ceramah pakatan rakyat, apakah kita mahu terus ditakutkan oleh mereka?. PRU 13 jelas menjadi titik noktah pada kekuasaan mereka.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit