3 Video Penuh !!!! Serangan Terhadap Mahasiswa Dataran 19-04-12

| comments

Lebih kurang jam 2.30 pagi tadi, Mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka telah diserang oleh sekumpulan pemuda yang bermotosikal (mat rempit) yang kebanyakkannya berpakaian serba hitam.

Secara logiknya tiada sebab musabab mereka datang menyerang mahasiswa ini, melainkan mereka ini anti kepada mahasiswa ini (dengki sebab belajar malas) atau mereka diupah pihak tertentu.

Menguatkan lagi dakwaan mereka ini diupah adalah kehadiran beberapa samseng yang memakai baju umno.

Dalam kejadian awal pagi itu, mereka dilaporkan telah datang menyerangd ari 2 hala, mereka telah mencederakan beberapa orang pelajar termasuk telah menendang muka seorang mahasiswi wanita yang sedang berada dalam khemah, dalam kejadian itu juga selain telah merosakkans emua khemah berkenaan, mereka telah "merompak" beberapa kamera dan talipon bimbit mahasiswa tersebut.



Beberapa pelajar yang enggan memberikan barangan mereka telah dikasari secara teruk, itu tidak terkecuali kepada orang awam yang berada disana. lihat video di bawah



Mengapakah mereka bertindak demikian, tidak kah mereka sedar bahawa perjuangan mahasiswa ini adalah untuk kebaikan generasi akan datang, apakah kerana diupah RM10- RM20 , mereka sanggup melacur masa depan anak-anak mereka sendiri.

Mahasiswa ini tidak bertindak kurang ajar kepada orang lain, perjuangan mereka kerana kepentingan generasi akan datang, jika berjaya, pendidikan percuma atau dibiaya separuh oleh kerajaan, atau pilihan yang ada ialah meminjam dan menangung beban termasuk ( bunga/riba ) yang tidak masuk akan perlu dibayar mereka.

Tidak kah kita mahu anak-anak kita nanti dapat menyambung pelajaran dengan tidak terbeban, wang yang ada boleh dibuat belanja makan, tidak lagi mereka terpaksa mengikat perut lalu menjejaskan pembelajaran mereka.

Mungkin penyokong kerajaan kata perjuangan ini karut, tapi fikirkan semula, anda cuma ada 2 pilihan. sokong mereka atau terus angkuh seolah-olah anda pasti akan senang sampai mati. ( lain la anda pak menteri )


Apakah tindakan menyepak muka pelajar perempuan boleh anda maafkan?, apakah seorang lelaki layak memukul wanita?

Itu petanda lelaki dayus, lelaki seperti itu tidak akan mampu mempertahankan negara, , Pelajar wanita itu pula kuat, Dia tidka berganjak dari perjuangan untuk bangsa nya.

Berbohongkah "tukanglawan", jom lihat video dibawah ( sila kuatkan audio atau pakai earphone )



lihatlah betapa samseng berlesen dikerah untuk belajar jadi penjenayah, mereka-mereka ini nanti akan merosakkan negara, anda pilih mahu anak anda jadi mahasiswa yang berjuang untuk masa depan,a tau mahu anak anda jadi "tukang pukul" yanga khirnya mungkin jadi perompak dan penjenayah yang conteng arang ke muka anda.

Pilihlah, jika anda mahu anak anda berjuang untuk masa depan, kerah anak anda ke Dataran Sekarang. mereka perlukan bantuan anda. sila sebarkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit