Isu PTPTN , Mahadey lupaaa lagi

| comments

Mungkin ramai yang terkeliru isu Ptptn, mereka tertanya-tanya kenapa tiba-tiba najib dipersalahkan, dan kenapa kalungan bunga diletakkan pada gambar najib sebagai simbol kematian?.

Berbagai persoalan timbul, kenapa najib jadi mangsa, jahat sangatkah najib atau bini najib yang maha jahat dan rakus?, jadi "tukanglawan" pun cari la jawapannya, lalu terjumpa la satu artikel yang "tukanglawan" percaya jadi asas kepada kemarahan Mahasiswa. jom baca.





Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.



NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Hah, sudah jelas nampak "kehidungan" mahathir,  saat sakit-sakit nak bedah hidung pun dia masih sanggup menipu semata-mata mahu pastikan BN tidak kalah dalam pilihanraya akan datang, kita semua tahulah mahathir.. "apaaaaaaaaaaaaaaa nama" "dah lamaaaaaaaaaaaa dah"  lepas jawatan Pm, dan kita semua tahu mahathir ni mudah lupa.

Walaupun kadang-kala dia lupa dia bukan melayu tulin, kita ya kan sajalah, jagalah hati orang tua ini dengan mengaku mereka melayu.

"apaaa namaaaaaaaaaaaa" lupa pulak...

Hah, baru ingat mengapa najib diam macam tikus dalam hal ini, sebab dia la punya angkara, dengan rakyat pun mahu meniaga. rosak la negara macam ni,  mahasiswa akan tanggung hutang bila habis belajar.

Bayangkan negara nak jadi apa jika semua mahasiswa ni berhutang, tak boleh fikir ka?, hutang nei cuba kita fikir kesan buruknya, laki bini pun boleh bercerai... bayangkan kalau kita ke Universiti dalam negara, lihat la betapa ramai mahasiswa, berapa ramai pula yang jadi penghutang?....

"Apaa namaaaaaaaa?" mudah sangat lupa. tau la dah tua, dok diam-diam sudah la... ke sudah kecut takut BN tumbang.... takut nanti pecah tembelang?
 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit