Najib ugut rakyat, RELA mahu digunakan untuk bertempur

| comments


Najib yang sedang demam kerana dicabar Anwar berdebat isu yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat terus meroyan kerana dilanda ketakutan melampaun, semalam najib mengeluarkan kenyataan yang dianggap menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Najib yang takut berdebat itu mahu menggunakan pasukan RELA bagi mempertahankan putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.


Apa najib fikir negara ini mak bapak dia yang punya, kebodohan najib semakin terserlah kini, apakah najib tidak sedar kuasa rakyat mampu menjatuhkannya sekelip mata?, jika najib benar mahu menggunakan polis, tentera dan pasukan RELA, "tukanglawan" mahu ingatkan najib, dia juga harus berani berhadapan dengan kuasa rakyat yang sudah muak dengan kerakusan rejim umnoapco

Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengulas kenyataan najib "Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat, Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan,"

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

Bagi Mohamad Sabu, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?,dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau".
Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi."Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR, mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," tegas Mohamad.
Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan, Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.

Nah, lihatlah sekarang najib sudah terlalu angkuh sekali, RELA mahu dijadikan perisai, RELA mahu digunakan untuk bertempur dengan rakyat, najib juga mungkin tidak kisah jika berlaku pertumpahan darah, semata-mata niatnya mahu pertahankan putrajaya, nampaknya najib akan lakukan apa saja,

Setuju benar "tukanglawan" dengan kata-kata Mohamad Sabu"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya,


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit