Awas, media umnoapco sedang putar belit kenyataan Anwar

| comments


Takkan kita tak tahu lagi betapa busuk dan jahatnya media upahan milik umnoapco memutar belit fakta untuk pastikan sokongan rakyat kepada pakatan rakyat merosot, rasanya semua orang yang bijak dan tahu menilai tahu itu.

Sebelum ini apa isu yang tidak diputarbelitkan, sehingga la ada satu stesen TV itu mereka-reka cerita sehingga tersalah beri nama, bayangkanlah jahilnya mereka bila beri nama sebuah surau dengan nama yang tidak sepatutnya, surau diberi nama Al-Musyrikin (menyekutukan ALLAH), kalau ALLAH nak tunjuk sekelip mata saja dia tunjuk.(baca disini)

Tak lama dulu, sebuah akhbar yang memang terkenal kaki putar telah memfitnah Anwar menyokong perkahwinan sama jantina, padahal petikan penuh kenyataan Anwar tidak diterbitkan, hanya mengambil beberapa potong ayat dan terus mereka mereka cipta cerita demi kepentingan umnoapco.

Betapa rosak wartawan dan editor yang sanggup melakukan putar belit cerita, maruah sudah tiada, takut pada hukum ALLAH telah pun hilang bagi mereka.

Tak rasa pelikkah kita bila media milik umnoapco tidak pernah siarkan cerita baik tentang pakatan rakyat, semua yang keluar cerita-cerita kononnya Pakatan Rakyat ini jahat (Baca disini).

Terbaru, Anwar memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dibawah adalah penjelasan penuh penuh beliau

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. (Dipetik dari KeadilanDaily)

Jadi "tukanglawan" mahu ingatkan anda, media milik umno akan mula memainkan cerita-cerita kononnya Anwar ini pro Israel, ini akan mereka lakukan supaya sokongan orang Islam berkurangan, kita seharusnya tidak lupa siapa yang menggunakan perkhidmatan syarikat perunding milik bangsa yahudi (APCO Worldwide) dalam menasihati rejim umnoapco mentadbir negara?,

Jangan kita lupa juga terdapat dakwaan gasa pemedih mata yang digunakan oleh FRU semasa demo BERSIH 2.0 tempoh hari menggunakan bom pemedih mata buatan Israel, jangan lupa siapa yang membawa masuk pemain hoki ke negara ini. ( Kenali CS gas, baca disini )

Sekarang mereka putar belit cerita seolah mereka itu terlalu suci, ingat, masih ramai orang kampung yang tidak punya capaian kepada internet untuk mereka nilai, jadi tanggungjawab kita menerangkan isu ini kepada mereka.



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit