Ini bukan cerita rekaan, benar ianya terjadi, kenapa manusia perlu membenci satu sama lain, sebagai contoh, kita "dibudayakan" untuk membenci orang yang berlainan bangsa dengan kita, walaupun mereka lahir mungkin hanya sebelah katil dengan tempat kita dilahirkan,
Jika dimalaysia seringkali isu perkauman dan agama diperguna pihak tertentu ( golongan sakit akal ) untuk kepentingan mereka sendiri, namun kebelakangan ini kerana adanya parti politik berbilang bangsa, rasa tidak selesa dengan bangsa lain itu sudah berjaya dihapuskan, cuma puak-puak parti perkauman saja yang ketinggalan.
Bangsa cina yang selama ini ditakut-takutkan pemerintah kononnya islam ini begini begitu, kononnya kalau Islam memerintah hudud dijalankan sebagai perundangan dan tangan akan dipotong kerana mencuri, Alhamdullilah sudah dapat menerima baik kepercayaan rakan-rakan islam berkat kerjasama parti dalam Pakatan Rakyat. mereka sudah mula memahami Agama Islam dan menolak "kelentong" penguasa yang rata-rata melayu yang menolak hukum ALLAH.
Berbalik dengan cerita yang mahu disampaikan, benarkah polis pelatih dipertonton video dengan tujuan membenci umat Islam?.
Ya benar,. filem itu dibiarkan ditayangkan dalam bilik di mana pegawai pelatih polis mengambil rehat semasa latihan.
Terfikir juga "tukanglawan" untuk apa filem berkenaan ditayangkan, padahal ia dikatakan bukan untuk tujuan latihan. kebiasaannya video begitu ditayangkan untuk tujan propaganda atau bertujuan membenihkan rasa benci kepada islam. jadi tidak haruslah video yang boleh menimbulkan sengketa agama ditayangkan, betul tak?
Filem itu, “The Third Jihad” (Jihad Ketiga) yang ditayangkan itu turut memaparkan temubual pendek dengan pegawai tertinggi Polis dan mendakwa ia menggambarkan ancaman kepada Amerika Syarikat oleh kumpulan radikal Islam
Namun, Ketua Polis New York, Ray Kelly telah memohon maaf atas penayangan filem pendek yang telah ditayangkan di pusat latihan polis di Amerika syarikat itu setelah mendapat tentangan dari orang Islam Amerika Syarikat.
Apalah nak jadi dunia ini, manusia suka membenci satu sama lain kerana bangsa, kerana agama, padahal ia tidak diajar oleh Islam, Allah tuntut supaya kita hormat menghormati satu sama lain. jadi kenapa mahu memusuhi orang lain kerana bangsa dan Agamanya?
Apalah nak jadi dunia ini, manusia suka membenci satu sama lain kerana bangsa, kerana agama, padahal ia tidak diajar oleh Islam, Allah tuntut supaya kita hormat menghormati satu sama lain. jadi kenapa mahu memusuhi orang lain kerana bangsa dan Agamanya?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.