Bersih 2.0 - Apa itu CS Gas , senjata yang digunakan polis

| comments



Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU.


Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitril​ e (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya. 

31 Disember 2010 yang lalu, perkara yang sama berlaku kepada seorang wanita Palestin berumur 36 tahun, Jawaher Abu Rahmah yang mati selepas terhidu gas pemedih jenis yang sama digunakan oleh rejim Israel di Tebing Barat. Dr. Mohammed Aideh, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Palestin telah mengesahkan perkara itu walaupun Israel enggan bertanggungjawab. 

Kini perkara ini berlaku di Malaysia, dan Polis mengulangi sikap Israel itu.

Mari kita kenali serba sedikit tentang CS Gas

CS Gas adalah Bom gas yang mengeluarkan toksid dan dapat dilancarkan dengan melempar atau menggunakan senapang khas dan digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai.

Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile).

Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu.

Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

dan itulah yang terjadi pada Arwahyarham Baharuddin Ahmad pada 7 julai 2011 yang lalu (sila baca sini)



Panduan menghadapi dan mengurangkan kesan CS Gas
Langkah terbaik untuk menghadapi dan mengurangi kesan Cs Gas adalah dengan memakai topeng gas, namun jika anda tidak mempunyai topeng gas , anda juga boleh membuatnya sendiri dirumah untuk mengurangkan kesan teruk dari gas pembunuh ini...

1. Tuala lembab atau basah boleh digunakan untuk menutup mulut dan hidung. tambahkan jus limau atau cuka pada rendaman atau soda juga boleh digun.akan. pastikan ikat sekuat mungkin untuk menghalang gas masuk.

2. Tanggalkan cermin mata atau contact lens kerana ia mampu membuat gas berkumpul di sekitar mata.

3.Selamatkan mata anda, guna cermin mata renang yang kedap udara.

4. adalah tindakan bijak membawa bag palstik yang berisi tisu lembab atau basah yang dicampur juice limau atau cuka tekap mulut dan hidung anda didalam bag tersebut dan sedut udara itu untuk mengurangkan kesan CS Gas, sebarang jenis acid ringan boleh digunakan untuk menutralkan kesan cs Gas.

5. JANGAN CEMAS, Cemas hanya membuat anda bernafas lebih kuat dan menghidu Cs Gas dengan lebih banyak.

6. Hanya jika anda mampu, tendang kembali kelongsong asap jauh dari anda dan rakan.Jangan pegang dan lempar semasa ia panas, ini mungkin mengakibatkan lecur, pegang hanya bila kanister baru dilancarkan dan tidak panas.

7. Jangan sesekali membasuh muka dengan air panas atau suam, ini hanya mengakibatkan kesan lebih teruk, cuci muka dengan air sejuk atau air yang ditambah 5% baking soda untuk membilas muka.

8. Cuci mata dengan air atau pencuci mata, gunakan cecair berunsur alkali seperti campuran baking soda, shampoo, susu yang dicampur dengan air untuk membilas mata.

9. JANGAN sesekali menggunakan penahan sinaran matahari atau apax2 lapisan sapuan berasaskan minya, ini hanya memburukkan keadaan.

10.Gunakan sumber yang ada untuk menutup kanister Cs gas , gunakan tong sampah, besen atau baldi. atau gunakan acid untuk menutralkan kanister contoh Asid pencuci simen jika anda mempunyai cuka yang banyak, rendamkan kanister kedalam cuka. gunakan kayu hoki, dahan atau sebagainya untuk menolak kanister ke arah lain.


Nyawa manusia terlalu berharga, nyawa pejuang tiada nilainya,, mari kawan-kawan, selamatkan nyawa kita, kerana kita perwira negara,, bukan perosak dan perompak harta seperti mereka.
kita telah kehilangan seorang pejuang.. kita tidak mahu hilang lagi pejuang yang lain..




@TUKANGLAWAN utuk dengan keras atas kekasaran polis pada peserta himpunan

"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"


Baharudin Ahmad wira Bersih


Bantulah saya sila klik sini
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit