Menurut Puan Rosni, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
manakala itu, Suhaimi Long iaitu rakan kepada Arwahyarham berkata, " Baharudin iaitu antara puluhan ribu peserta himpunan yang disembur air dan ditembak dengan gas pemedih mata pengsan selepas lemas dalam kepulan gas pemedih mata dan dibawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor."
Bagaimana pun Baharudin Ahmad disahkan meninggal dunia di sana.
Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.
Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.
Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.
AL-FATIHAH
@TUKANGLAWAN Yakin, untuk kekalkan kuasa, najib dan menteri keris sanggup keluar arahan yang kita takkan terfikir, mungkin mereka belajar dari bik mama.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.