Jenazah Baharudin Ahmad, 58 tahun, mangsa kerakusan polis yang meninggal dunia dalam himpunan Aman BERSIH 2.0 semalam.juga suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan diiringi ratusan orang dalam semasa dibawa ke tanah pekuburuan untuk dikebumikan.
Perjalanan sejauh lebih kurang 3 kilometer itu diiringi rakyat dan pemimpin-pemimpin yang memberi sokongan pada bersih. perjalanan itu juga diiringi dengan berzikir dan bertahmid....
dikhabarkan 3 kereta peronda yang melintasi laluan itu untuk memantau mereka telah beredar dari situ kerana tidak mahu bersekongkol dan dikeji kerana perbuatan segelintir anggota Polis yang tidak berperi kemanusiaan.
Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad,
Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam
Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.
Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.
Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
@TUKANGLAWAN Fikir, biar kita mati bermaruah dari akhirnya mati dalam kehinaan, Arwah meninggalkan kita semua ketika sedang berjuang untuk rakyat, semoga Allah membalas kebaikan yang telah Arwah lakukan.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut sekarang mereka perbodohkan polis pula"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.