Masih ingat lagi dengan "surau Al-Musyrikin" ciptaan TV3 yang kariahnya adalah puak-puak songkok tinggi umnoapco, sehingga kini laporan polis oleh Jingga13 berhubung perkara itu tidak diberi perhatian serius, khabarnya polis masih tidak membuat sebarang siasatan berhubung perkara itu.
Dan apa
tindakan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) kepada TV3 selepas tersiarnya rungutan dan aduan rakyat di sesawang sosial dan blog-blog?..apakah mereka hanya diam membisu menunggu arahan Apco yahudi laknat?
Apa pula fungsi Jakim dalam hal seperti itu?, bukankah mereka yang perlu tampil mempertahankan Agama ISLAM dari dicemari?
Menyedihkan, dalam hal-hal seperti ini mereka jadi setan bisu, mereka tidak serius menangani perkara yang sangat sensetif ini, kerana pada pendapat mereka Islam itu tidak lebih penting berbanding kekuasaan umnoapco dan bagaimana umnoapco harus terus berkuasa.
Paling mendukacitakan ialah bila pada 7 sept 2011 yang lepas, bila satu kumpulan gabungan blogger pro Pakatan yang menggelarkan diri mereka JINGGA13 dihalang dari menghantar memorandum berkenaan salah laku ‘Makcik Hajjah Sitt Al- Wuzara’ di ibu pejabat JAKIM di putrajaya. Pihak polis dipanggil untuk mengusir mereka.
Sebenarnya isu ‘Makcik Hajjah Sitt Al- Wuzara’yang menghina kesucian dan menghina Islam di blog dan laman sosial Facebook ini telah berlanjutan terlalu lama, tetapi masih tidak dikenakan sebarang tindakan, nampak benar SKMM dan JAKIM tidak tegas dan tidak ambil tahu hal seperti ini, apatah lagi mahu membela kesucian Agama ISLAM, memang jauh panggang dari api.
Sikap SKMM dan Jakim yang kurang memberi kerjasama serius dalam hal ini di bimbangi akan mengundang permasalahan lebih serius jika dibiarkan sahaja,
“Kalau ia boleh (terus) dilakukan, kita takut ada pula yang mengambil tindakan yang sama, menghina agama lain,”
Tegas Fariz Musa iaitu Penyelaras JINGGA13 ketika sidang media di Kelab Shah Alam, Selangor semalam.
Justeru,
beliau mendesak Jakim dan SKMM mengambil sikap lebih tegas dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan
“Isu bersifat politik diutamakan. Seperti blogger Hanief, ditangkap dengan segera. Namun, isu yang menggugat akidah umat Islam dan perpaduan kaum dikesampingkan,” kata Fariz lagi.
Keengganan Jakim menerima memorandum berhubung perkara itu ketika mereka berkunjung jabatan itu untuk mengetahui hasil siasatan semalam. jelas bertentangan dengan komitmen yang pernah diberi Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekitar 29 Mac dahulu sewaktu laporan pertama dibuat.
Beliau seterusnya mendesak Jamil Khir meletakkan jawatan kerana berbohong dan gagal menangani perkara ini, termasuk membawa individu berkenaan ke muka pengadilan.
“Jamil Khir berbohong kepada rakyat berkenaan kenyataannya sebelum ini. Beliau hanya seorang Menteri bertopengkan agama. Kita percaya perkara ini semakin parah. Beliau perlu meletak jawatan kerana gagal menangani perkara ini. Maruah Jakim perlu dikembalikan,”
kata Fariz lagi mengakhiri sidang media berkenaan.
@TUKANGLAWAN Desak JAKIM dan SKMM ambil tindakan segera, Jangan jadi setan bisu...
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.