Wartawan utusan buat liputan kes Anwar meninggal dunia

| comments

Seorang bekas Ketua Meja Mahkamah Utusan Malaysia, Kamariah Ahmad yang telah membuat liputan pelbagai kes mahkamah yang pernah menggemparkan negara telah meninggal dunia.

Kes perbicaraan yang menjadi tajuk-tajuk utama berita akhar tersebut antaranya Mona Fandey, kumpulan militan Al-Maunah, kes liwat dan salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.

Allahyarham yang berusia 59 tahun menghidap kanser payu dara, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Menara Cenderawasih AU3 Keramat di sini malam semalam.

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, menyertai Utusan Malaysia sebagai wartawan di Meja Mahkamah pada tahun 1979 dan bersara pada 14 April 2009.

Jenazah Allahyarham akan di kebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bandar, Pulai Chondong, Machang, Kelantan sebaik sahaja urusan hospital selesai dijalankan

AL-FATIHAH
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit