Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Lee Chong Wei Bakal bertanding PRU13 ?

| comments

Jadi seorang profesor serba tahu tak semestinya mampu jadi Ahli dewan undangan negeri , jadi seorang penyanyi hebat terkemuka pun belum tentu boleh jadi wakil rakyat hebat, dan sudah semestinya jadi ahli sukan berjaya pun tidak semestinya mampu pikul tugas dan amanah sebagai yang berhormat.

Nak jadi ahli politik ni harus la tahu bagaimana nak selesaikan masalah rakyat, bukan asyik berjanji dicapati je, bila nak pilihanraya tabur duit rata-rata dan buat kerja bodoh cipta lagu sampai rakyat muntah.

Boleh ke turun padang jumpa orang kampung, sama-sama gotong royong, korban masa yang cuma ada 24 jam sehari untuk duduk layan karenah rakyat dan banyak pengorbanan lain..

Ada yang cakap akan undi Lee Chong Wei kalau jaguh sukan tu dipilih jadi calon, yang bercakap tu seorang artis....

Cuma nak pesan dekat akak tu, bukan semudah tu nak pilih pemimpin, betullah Lee Chong Wei berjaya dalam sukan, tapi belum teruji lagi bagaimana dia nak tangani masalah rakyat.

Ini bukan pilihan main-main, tak boleh la pilih sebab dia pemain sukan hebat kita kene pangkah terus.. takkan kita pandang "enteng" pasal siapa yang akan wakili kita, yang akan suarakan masalah rakyat.

"tukanglawan" takut kalau dia dicalonkan dan menang dia tak paham apa yang perlu dia lakukan, nanti kejutan budaya pulak... fikir-fikirkan la..


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerajaan Pulau Pinang Beri Ganjaran buat Jaguh Badminton

| comments

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada Dato’ Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012 .

 Ia juga adalah sebagai galakan untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.

Lee Chong Wei walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Dato’ Lee telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Negeri Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara badminton daripada Bukit Mertajam ini.

Walaupun semua rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaannya, semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia beliau memberi inspirasi kepada kita dan telah menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa.

Kerajaan Pulau Pinang juga akan memberi sokongan penuh kepada Dato’ Lee untuk mencapai pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016, yang akan juga membantu mempersiapkan pengganti yang layak.

Hurm, "tukanglawan" terfikir, berapa pulak kerajaan BN akan beri kat jaguh badminton nei, mesti juta-juta, sebab BN kan kaya raya mesti nak lawan Pulau Pinang punya... 

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siaran Ulangan Badminton Olimpik Lee Chong Wei vs Lin Dan

| comments

Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 di tangan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London sebentar tadi.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.

Sila tonton siaran ulangan dibawah.

tukanglawan.blogspot   #sila lawat lagi halaman ini untuk tonton semula.  
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Senarai Kutipan Pingat Sukan Olimpik

| comments

senarai negara yang mengutip minimum satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 London setakat jam 12 tengah malam (waktu Malaysia):



                                          EMAS   PERAK   GANGSA   JUMLAH

CHINA                               10             6                3                19
AMERIKA SYARIKAT     6               7                5                18
PERANCIS                         4              1                 4                 9
KOREA SELATAN            3              2                 2                 7
KOREA UTARA                3              0                 1                 3
KAZAKHSTAN                 3              0                 0                 3
ITALI                                  2              4                 2                 8
JERMAN                            2              3                 1                 6
RUSIA                                2              1                 3                 6
JEPUN                               1              4                 7                 12
AUSTRALIA                     1               2                1                 4
ROMANIA                         1              2                 0                 3
BRAZIL                              1             1                 1                 3
HUNGARY                        1              1                 1                 3
BELANDA                         1              1                 0                 2
UKRAINE                          1              0                 2                 3
LITHUANIA                      1              0                 0                 1
AFRIKA SELATAN           1              0                 0                 1
GEORGIA                          1              0                 0                 1
SLOVENIA                        1              0                 0                 1


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siaran langsung Laga Bola Malaysia Vs Manchester city (update)

| comments

Buat peminat bola sepak yang baru selesai menunaikan solat sunat tarawih, mari sini untuk tonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang mancaster City.



atau sila klik sini untuk kualiti lebih memuaskan.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

(Video ) Perasmian Olympik London, James Bond, Mr Bean dan Logo Merdeka.

| comments

Buat rakan-rakan yang gemar dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan Olimpik di london, selamat menonton diucapkan, kita harap atlit yang beragama islam dapat lah tahan diri dari tidak berpuasa.

Ok la, tukanglawan bukan apa, cuma nak bandingkan perancangan mereka menyambut acara sukan di kota london tu, kita nampak kesungguhan kerajaan negara tu untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. berbanding dengan sambutan ke 55 tahun kemerdekaan negara ni, semuanya dirasakan "janji siap" je.

Tak perlu lah "tukanglawan" nak ulas lagi pasal logo hodoh dan lagu buat sakit telinga tu, semua dah tahu, telinga pencipta lagu dan logo pun agaknya dah merah dengar caci maki ( tu pun kalau ade perasaan la )

Beza 2 buah negara yang dulu pernah kibar bendera sama, cuma satu bekas tuan, satu bekas jajahan.

Banyak perkara menarik dikhabarkan dibuat masa pelancaran sukan ni tempoh hari, (klik sini kalau nak tengok rakaman penuh) 

Antaranya james bond dikatakan telah terjun dari halikopter bersama ratu england untuk hadir ke perasmian ini, (hakikatnya kaki ratu akan patah kalau terjun betul-betul).

Mr Bean juga ada pada majlis itu, jangan sangka orang yang muka begitu tak bijak, tapi Mr Bean tidak lah lebih bijak dari pak menteri dan mak menteri yang sangat bijak menipu orang kampung, biberinya Rm500 dikaut masuk poket RM 5 juta.

Memang hebat perasmian sukan di kota london tu, malaysia pasti nak jugak rai sambutan hebat macam tu, tapi bila Kontinjen malaysia hadir dan memakai antara pakaian paling hodoh dan buruk  (baca disini), timbul pertanyaan, mampukah kita pikul tanggungjawab macam tu tanpa malukan diri sendiri?

Takpela, jadikan pengajaran,  lain kali jangan buat lagi, ini bukan pesta fun fair,

Ok la, tak ada apa yang nak disampaikan sebenarnya. cuma "tukanglawan " terfikir bagaimana kita mahu jadi gah seperti london bila logo kemerdekaan ke 55 pun macam design budak tadika, dan bila lagu tema kemerdekaan nampak sangat memuji diri sendiri dan mengungkit setiap perkara.

Malaysia bukan makin kehadapan, tapi menginjak ke belakang.... baru sedar negara ku sudah jadi makin kuno dan tua, semua kerana umno.

Pening.. pening, apa nak jadi negara nei , buat logo tak lawa, buat lagu sakit telinga, macam mana nak jadi macam kota london...

Takpe la, kita tengok je lawak mr bean nei, lagi best dari layan lawak umno.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penghantar Pizza Langgar Tembok Berlin

| comments (2)

Tak lain, dari dulu "tukanglawan" meminati pasukan jerman,dan malam tadi berlangsung perlawanan separa akhir antara jerman dengan Itali, walaupun bukan fanatik bolasepak, mahu tukanglawan kongsikan sedikit informasi perlawanan malam tadi buat rakan-rakan yang tak sempat menonton pertembungan Jerman dan Itali.

Nak ulas tak pandai, jadi "tukanglawan" kongsikan la artikel dari Malaysiakini seperti dibawah

Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini.

Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36.

Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.

So jerman dah terkeluar, buat penyokong jerman, tak apalah, sekurang-kurangnya dah cuba, dan tahniah buat peminat Pizza, nampaknya Italia akan bertemu Sepanyol, yang dulunya dikenali sebagai Andalusia, kota kegemilangan Islam.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Keputusan Euro2012 Portugal Vs Czech Malam Tadi

| comments

Portugal menang tipis 1-0 menewaskan Republik Czech dalam perlawanan suku akhir pertama Euro 2012 di Stadium National, Warsaw awal pagi ini.

Dengan kemenangan tersebut, Portugal layak ke separuh akhir dan bakal berdepan dua pasukan gergasi Eropah sama ada Sepanyol atau Perancis yang mana nasib mereka akan ditentukan pada perlawanan suku akhir ketiga pada 24 Jun ini.

Gol tunggal kemenangan Portugal dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Cristiano Ronaldo pada minit ke-79.

Gol jaringan Ronaldo berpunca daripada hantaran lintang rakannya Joao Moutinho dari arah kiri pintu gol Republik Czech, sebelum penyerang itu menanduk  bola ke gawang yang dikawal oleh Petr Cech.Serangan dan 'set-pieces' Portugal - yang dibimbing oleh jurulatih Paulo Bento - tidak putus-putus mengkucar-kacirkan pertahanan Republik Czech sejak awal permainan separuh masa pertama lagi.

Hantaran silang, sepakan percuma, tandukan dan 'counter attack' yang digerakkan antaranya oleh dua pemain sensasi Portugal - Cristiano Ronaldo dan Nani - juga membuatkan penjaga gol Republik Czech Petr Cech bekerja keras menangkis serangan Portugal.

Manakala jentera Republik Czech pula dilihat pincang tanpa kelibat 'playmaker' Tomas Rosicky yang dibelenggu kecederaan, menyebabkan jentera tengah gagal mencipta banyak peluang dan ruang untuk jentera serangan merobek gol Portugal.

Malang bagi Republik Czech selepas menunjukkan prestasi cemerlang dalam peringkat kumpulan A dengan menewaskan Greece dan Poland.

Ini kerana gawang mereka diasak dari segenap posisi dan penjuru padang oleh Portugal.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

33 Gambar Anwar Pergi Tonton Lumba Motor

| comments

Ramai golongan muda menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian, ianya sering digunakan sebagai pengangkutan asas untuk ulang alik ke tempat kerja, untuk tujuan rekrasi seperti konvoi amal dan bersiar-siar bersama rakan-rakan, malah ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyertai sukan bermotor.

Ada pula yang beranggapan sukan ini agak merbahaya, namun bila semua langkah keselamatan diutamakan, ianya tidaklah terlalu bahaya seperti apa yang digambarkan oleh kita.

Jika tidak salah "tukanglawan" kerajaan Selangor adalah kerajaan negeri pertama yang cuba memperkembangkan sukan ini secara terurus dan selamat, ianya memberi peluang anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka dalam bidang sukan bermotor. 
Dan secara tidak langsung,ni sebenarnya satu usaha untuk membenteras budaya "Rempit" dan perlumbaan haram.

Atas sebab itulah kerajaan negeri Selangor siang tadi sekali lagi menganjurkan "Selangor Motor Race" pusingan ke 2 untuk tahun ini,

Dan apa yang lebih menarik, perlumbaan anjuran kerajaan negeri selangor itu turut menerima tetamu istimewa iaitu Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Mantan Timbalan Perdana Menteri yang membuat kejutan dengan datang sendiri menyaksikan perlumbaan yang melibatkan anak-anak muda yang kebanyakkannya berasal dari negeri selangor sendiri.

Sedikit gambar dari Litar Speedway PLUS Elite USJ siang tadi


































Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan perasaan kagum dengan semangat kesukanan anak muda ini, beliau yang kelihatan memberi tumpuan penuh pada perlumbaan ketegori premier yang diadakan dalam perlumbaan pusingan ke 2 itu melahirkan perasaan gembiranya kerana anak -anak muda ini memilih untuk berlumba dengan cara yang betul dan selamat.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

(Video ) Tragedi Hari Belia, Kereta Rempuh Penonton

| comments

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Malam tadi di laman facebook dan tweeter gempar tentang berita kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang menyertai sessi Drag Racing yang diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya.

Kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang menyertai acara "perlumbaan terpantas itu" tersebut dikatakan telah terbabas dan mengakibatkan dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan tersebut.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya,

Video dibawah menunjukkan kejadiaan malam tadi.



Penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian untuk mengawal penonton.

Kementerian Belia dan sukan juga harus bertanggungjawab dalam hal ini kerana gagal memastikan penganjur mengikut garis panduan keselamatan yang seharusnya diambil..

Bandikan dengan perlumbaan sama yang diadakan di negara luar, dimana faktor keselamatan diutamakan. dan perlumbaan dijalankan dengan betul oleh penganjur.




Dalam kejadiaan itu, ada sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

Baiklah, apa sebenarnya yang berlaku, mengapa pihak penganjur dan Kementerian sendiri gagal menutamakan keselamatan peserta, apakah acara seperti ini hanya digunakan oleh pihak kerajaan untuk menarik muda-mudi untuk memberi mereka hiburan semata-mata.

Bukankah sepatutnya hari belia diisi dengan kempen-kempen mendidik remaja dan belia. jika benar pun mahu mendedahkan sukan ekstrem ini kepada belia, kerajaan seharusnya mendidik remaja melibatkan diri dalam sukan ini dengan cara selamat.

Apakah kementerian bertanggungjawab pandang remeh hal ini, apakah fungsi utama mereka, kementerian Belia dan Sukan harus sedar perkara asas ini, sukan seharusnya selamat.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit