Penghantar Pizza Langgar Tembok Berlin

| comments (2)

Tak lain, dari dulu "tukanglawan" meminati pasukan jerman,dan malam tadi berlangsung perlawanan separa akhir antara jerman dengan Itali, walaupun bukan fanatik bolasepak, mahu tukanglawan kongsikan sedikit informasi perlawanan malam tadi buat rakan-rakan yang tak sempat menonton pertembungan Jerman dan Itali.

Nak ulas tak pandai, jadi "tukanglawan" kongsikan la artikel dari Malaysiakini seperti dibawah

Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini.

Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36.

Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.

So jerman dah terkeluar, buat penyokong jerman, tak apalah, sekurang-kurangnya dah cuba, dan tahniah buat peminat Pizza, nampaknya Italia akan bertemu Sepanyol, yang dulunya dikenali sebagai Andalusia, kota kegemilangan Islam.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

+ comments + 2 comments

29 Jun 2012 pada 11:59 PG

FORZA ITALIA...!!! Tu la...sarang tebuan jgn dijolok. Kan dah merana. Main tempat 3/4 la korang.....Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa...

29 Jun 2012 pada 12:00 PTG

FORZA ITALIA...!!! Tu la...sarang tebuan jgn dijolok. Kan dah merana. Main tempat 3/4 la korang.....Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa...

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit