Nurul Izzah Cabar Zahid Hamidi isu Kapal Selam

| comments

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menjelaskan urusan pembelian kapal selam Scorpene jika terbukti ianya adalah usaha antara kerajaan Malaysia dan Perancis.

Beliau mempersoalkan apakah rasionalnya menggunakan sebuah syarikat peribadi berbanding badan kerajaan lebih terbukti menjamin rahsia keselamatan negara.

Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini usaha antara kerajaan (Malaysia-Perancis)?

“Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk perkhidmatan dan koordinasi dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin?

“Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu” tegasnya dalam satu kenyataan.

Ia adalah respon terhadap jawapan Zahid semasa ucapan penangguhan Izzah di Dewan Rakyat Selasa lalu berhubung kehilangan dan penjualan dokumen rahsia pertahanan negara berkaitan pembelian Scorpene seperti didakwa Suaram di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman di Perancis.

Zahid menyatakan pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.

Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mempersoal kenyataan Zahid yang mengakui bahawa satu ‘siasatan’ isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan dikeluarkan dari Malaysia.

Persoalannya, apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan?” soal beliau.

Beliau turut mencabar Zahid membuat bantahan jika dokumen-dokumen yang berada di tangan Mahkamah Perancis tidak benar.

Malah beliau mendesak Menteri Pertahanan itu mengesahkan tahap keselamatan Scorpene dan tidak berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi.

Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen ‘rasmi’ yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan ‘rahsia kerajaan’? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut?

“Adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan?” soal Izzah lagi.

Katanya, menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik akta itu, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara.

Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?” soal beliau lagi.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit